Sediakan filem agar berfungsi dengan Apple TV

Jika anda mempunyai Apple TV, anda boleh menggunakannya untuk menonton filem daripada komputer pada TV anda. Anda mungkin perlu menukarkan beberapa filem agar berfungsi dengan Apple TV. Sebarang video yang dimainkan pada iPod, iPhone atau iPad adalah serasi dengan Apple TV.

Jika anda mengedit filem dalam iMovie, anda boleh menyimpan filem terus ke pustaka iTunes anda.

Tukarkan filem agar berfungsi dengan Apple TV

  1. Dalam iTunes, pilih filem.

  2. Pilih Fail > Cipta Versi Baru > Cipta Versi iPad atau Apple TV.

Simpan filem dalam iMovie agar berfungsi dengan Apple TV

  1. Dalam iMovie, pilih Kongsi > iTunes.

  2. Pilih satu atau lebih saiz.

  3. Klik Terbitkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Bantuan iMovie.

Menukarkan filem untuk Apple TV boleh mengambil masa beberapa minit hingga beberapa jam, bergantung pada komputer anda dan panjang serta kandungan filem.

Fail filem asal kekal dalam pustaka iTunes anda.

Untuk maklumat lanjut, lawati tapak web Sokongan Apple TV.