Jika anda menghadapi masalah membakar cakera

Cuba cadangan ini

  • Pastikan anda cuba membakar senarai main (senarai lagu). Anda tidak boleh membakar cakera terus daripada pustaka anda, Radio, senarai main dikongsi atau iPod anda. Untuk arahan lihat Cipta senarai main.

  • Jika anda memilih Fail > Bakar Senarai Main ke Cakera tetapi tiada apa-apa berlaku atau lagu yang salah telah dibakar, pastikan bahawa lagu yang anda mahukan mempunyai tanda rait bersebelahannya.

  • Pastikan anda memilih format cakera yang betul. Untuk mencipta CD dengan sebarang jenis fail audio yang disokong oleh iTunes (MP3, AAC, AIFF dan seterusnya), cuba pilih CD atau DVD Data. Jika senarai main yang anda cuba bakar termasuk fail AAC, pastikan CD MP3 tidak dipilih.

  • Jika senarai main anda termasuk pembelian iTunes Store dengan perlindungan DRM, anda mungkin telah melebihi bilangan kali (tujuh) anda boleh membakar senarai main ini.

  • Jika pembakaran CD terhenti pada lagu tertentu, senarai main mungkin mempunyai pembelian iTunes Store yang masih belum dibenarkan untuk dimainkan pada komputer ini. Untuk membenarkan komputer ini, dwiklik lagu yang dibeli (di mana pembakaran CD terhenti) dan masukkan maklumat untuk akaun yang telah membeli lagu. Anda boleh membenarkan sehingga lima komputer pada satu masa. Untuk maklumat lanjut, lihat Benarkan komputer untuk memainkan pembelian iTunes Store.

  • Jika komputer atau paparan anda tidur semasa anda membakar CD, cuba mengesetkan komputer dan paparan agar menunggu lebih lama sebelum tidur. Pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem dan klik Penjimat Tenaga.

  • Jika CD yang dibakar tersentuh semasa anda memainkannya dalam pemacu CD-RW luaran, cuba memainkannya dalam pemacu dalaman atau sistem stereo.

  • Jika CD anda berjaya dibakar dan pemacu luaran anda menjadi tidak responsif, matikan dan hidupkan pemacu untuk meresetnya.

  • Filem yang dibeli daripada iTunes Store tidak dapat dibakar pada DVD atau VCD yang dimainkan dalam pemain DVD atau Video CD.

  • Untuk mencipta CD audio, pastikan anda mempunyai pemacu Apple Combo atau SuperDrive. Sesetengah pemacu CD-RW pihak ketiga juga berfungsi. Selepas anda memilih Fail > Bakar Senarai Main ke Cakera, jika pemacu anda ditunjukkan bersebelahan Pembakar Cakera, maka ia serasi.

Untuk maklumat penyelesaian masalah lanjut, lawati tapak web Sokongan iTunes.