Gunakan Genius Shuffle, senarai main Genius dan Campuran Genius

Anda boleh menggunakan Genius untuk membolehkan iTunes memainkan lagu daripada pustaka anda yang sesuai dimainkan bersama. Terdapat tiga cara anda boleh menggunakan Genius:

  • Genius Shuffle: Jika anda tidak dapat memutuskan lagu untuk didengari, hanya klik butang. iTunes memilih lagu dan memainkan lagu yang sesuai dimainkan bersamanya.

  • Senarai main Genius: Pilih lagu dan iTunes akan mencipta senarai maun lagu yang sesuai dimainkan bersama.

  • Campuran Genius: Pilih genre dan iTunes akan memainkan pilihan lagu yang dimainkan secara berterusan, seperti stesen radio bebas iklan.

Genius ialah perkhidmatan percuma. Untuk menggunakan Genius, anda mesti mengaktifkan Genius, disambungkan ke Internet dan memiliki Apple ID.

Aktifkan atau nyahaktifkan Genius

  • Aktifkan Genius: Pilih Kedai > Aktifkan Genius.

  • Nyahaktifkan Genius: Pilih Kedai > Nyahaktifkan Genius.

    Menyahaktifkan Genius akan menyahaktifkan senarai main Genius, Genius Shuffle dan campuran Genius.

Cipta senarai main Genius

  • Gerakkan penuding ke atas lagu, klik Anak panah putih di dalam bulatan kelabu dan pilih Cipta Senarai Main Genius.

    • Untuk menukar bilangan maksimum lagu dalam senarai main Genius: Klik Anak panah kecil menuding ke bawah bersebelahan jumlah lagu dan pilih nombor daripada menu pop timbul.

    • Untuk mendapatkan lagu baru berdasarkan lagu yang sama: Klik Segar Semula Anak panah melengkung.

Senarai main Genius mempunyai ikon ini Ikon Genius bersebelahannya.

Gunakan Genius Shuffle

  • Tekan dan tahan kekunci Option dan klik Butang Genius Shuffle berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes. Anda juga boleh memilih Kawalan > Genius Shuffle.

Untuk menukar pilihan lagu, ulangi langkah-langkah di atas.

Mainkan Campuran Genius

  1. Pilih Muzik daripada menu pop timbul Pustaka dan klik Senarai Main.

  2. Klik Campuran Genius.

  3. Untuk mula memainkan Campuran Genius, gerakkan penuding ke atas campuran yang anda mahu mainkan dan klik Ikon Campuran Genius dengan butang main.

    Kawalan Campuran Genius: Untuk melihat kawalan, gerakkan penuding ke atas campuran. Anda boleh kembali ke lagu sebelumnya, menjeda lagu semasa atau melangkau ke lagu seterusnya.

Pastikan maklumat Genius anda dikemas kini

Hasil Genius anda dikemas kini sekali seminggu secara automatik apabila iTunes dibuka. Anda boleh mengemaskininya secara manual—contohnya, apabila anda menambah baru ke pustaka anda daripada CD atau tapak web.

  • Pilih Kedai > Kemas Kini Genius.

Untuk mencipta senarai main Genius , Genius Shuffle dan Campuran Genius, iTunes menggunakan maklumat tanpa nama mengenai pustaka anda dan pustaka iTunes lain. iTunes Store mengemas kini data Genius dengan kerap berdasarkan maklumat baru daripada iTunes Store dan pustaka pelanggan.