Cipta senarai main

Anda boleh mencipta senarai main agar sesuai dengan perasaan tertentu, untuk menyusun lagu mengikut tema khusus atau untuk mengumpulkan lagu yang anda mahu bakar ke CD.

Senarai main yang anda cipta mempunyai ikon ini Ikon not muzik dan senarai bersebelahannya.

Cipta senarai main

  1. Pilih Fail > Baru > Senarai Main.

  2. Taipkan nama untuk senarai main.

  3. Untuk menambah item, seretnya ke senarai main di sebelah kanan tetingkap iTunes.

  4. Apabila anda selesai menambah item, ketik Selesai.

Edit senarai main

  1. Pilih senarai main dan lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tambah item: Klik Tambah Pada Ikon tanda tambah dan senarai di atas senarai main dan seret item ke senarai main. Klik Selesai.

    • Tukar tertib lagu: Seret lagu ke susunan yang anda inginkan. Jika anda tidak dapat menyeret lagu, klik tajuk lajur di atas nombor.

    • Keluarkan item: Pilih item dan tekan kekunci Padam (ini tidak mengeluarkan item daripada pustaka atau pemacu keras anda).

Tambah item pada senarai main dengan cepat

  1. Mula menyeret item yang anda mahu tambah.

    Anak tetingkap dengan senarai peranti muncul di sebelah kanan.

  2. Seret item ke senarai main dalam senarai.

    Tangkapan skrin album yang diseret ke senarai main, senarai main diserlahkan

Anda juga boleh menggerakkan penuding ke atas item, klik Anak panah puting menuding ke kanan di dalam bulatan kelabu, pilih Tambah Ke dan klik senarai main.

Anda juga boleh mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik berdasarkan peraturan yang anda pilih atau senarai main Genius yang termasuk muzik dalam pustaka anda yang serupa dengan lagu yang dipilih.