Cara untuk memainkan lagu

Anda boleh memainkan muzik dalam iTunes melalui pelbagai cara.

Klik Ulang untuk mengulangi lagu, album atau senarai main. Klik Kocok untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan kocok. Seret pengosok untuk pergi ke bahagian lain lagu. Klik Seterusnya untuk mencipta senarai main dengan pantas.

Kocok atau ulang lagu

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Aktifkan atau nyahaktifkan kocok: Klik butang Kocok Dua anak panah melengkung kelabu yang bersilang menuding ke kanan.

    Kocok aktif apabila anak panah berwarna biru Dua anak panah melengkung biru yang bersilang menuding ke kanan.

  • Kocok album atau perkumpulan: Pilih Kawalan > Aktifkan Kocok > “mengikut Album” (atau “mengikut Perkumpulan”). iTunes memainkan lagu dalam tertib yang ia muncul pada album atau dalam perkumpulan dan kemudian memilih album atau perkumpulan lain secara rawak.

  • Ulang lagu, album atau senarai main: Klik butang Ulang Dua anak panah melengkung mengejar satu sama lain untuk membentuk elips untuk memainkan lagu atau senarai main berulang kali, sehingga anda menyahaktifkan Ulang.

    Butang ulang dalam tiga keadaannya: Ulang semua lagu, Ulang lagu yang dimainkan sekarang, Ulang tidak aktif

Lihat senarai lagu akan datang dengan Seterusnya

Semasa mendengar muzik, anda boleh menggunakan Seterusnya untuk melihat dan menukar lagu yang dimainkan seterusnya. Sebagai contoh, jika anda mendengar kepada senarai main, anda boleh menggunakan Seterusnya untuk bertukar kepada album selepas lagu yang sedang dimainkan. Apabila album habis, iTunes meneruskan untuk memainkan senarai main.

Klik butang Seterusnya untuk melihat senarai Seterusnya, klik butang Sejarah untuk melihat senarai Dimainkan Sebelumnya

  • Lihat senarai Seterusnya: Klik butang Seterusnya Ikon senarai bernombor.

  • Mainkan lagu dalam senarai: Dwiklik lagu.

  • Tambah atau alihkan lagu ke bahagian teratas senarai: Gerakkan penuding ke atas lagu, klik Anak panah puting menuding ke kanan di dalam bulatan kelabu dan pilih Mainkan Seterusnya.

  • Tambah lagu atau album pada senarai: Seret item ke bahagian atas tengah tetingkap iTunes.

  • Tukar tertib lagu dalam senarai: Seret lagu ke susunan yang anda inginkan.

  • Keluarkan lagu daripada senarai: Gerakkan penuding ke atas lagu dan klik butang Padam Padamkan ikon, X di dalam titik kelabu.

  • Keluarkan semua lagu daripada senarai: Klik butang Kosongkan di bahagian kanan atas senarai sekali atau beberapa kali.

  • Lihat lagu yang dimainkan sebelum ini: Klik butang Sejarah Ikon jam dan senarai di bahagian kanan atas senarai. Untuk kembali ke senarai Seterusnya, klik butang Sejarah sekali lagi.

Jika anda keluar daripada iTunes, senarai Seterusnya disimpan secara automatik untuk kali seterusnya anda membuka iTunes.

Mainkan lagu dalam tertib tertentu

  1. Pilih Muzik daripada menu pop timbul Pustaka dan klik Lagu.

  2. Untuk memainkan lagu dalam urutan abjad mengikut tajuk lagu, artis atau album (atau untuk mengisih mengikut sebarang kategori lain), klik tajuk lajur.

    Untuk memilih lebih banyak kategori, pilih Paparan > Pilihan Paparan.

Pendam antara lagu

Anda boleh mengeset iTunes untuk memendamkan masuk setiap lagu (meningkatkan kelantangan) semasa lagu sebelumnya memendam keluar, agar tiada jurang kesenyapan antara lagu. Ciri ini dipanggil pendam silang.

  1. Pilih iTunes > Keutamaan dan klik Main Balik.

  2. Pilih Pendam Silang Lagu.

  3. Untuk menukar amaun masa yang diambil untuk lagu semasa pudar keluar pada penghujung dan lagu baru untuk pudar masuk, seret gelangsar Kedua.

Apabila iTunes memainkan trek berturutan daripada album yang sama, pendam silang dinyahaktifkan secara automatik, tanpa memendam antara lagu (atau trek).

Untuk memainkan lagu tanda memendam, nyahpilih Pendam Silang Lagu.

Halang lagu daripada dimainkan

  1. Pilih Muzik daripada menu pop timbul Pustaka dan klik Lagu.

  2. Nyahpilih kotak semak di sebelah kiri lagu.

    Butiran paparan Lagu dalam muzik, menunjukkan kotak semak

Penting:  Menyahpilih kotak semak lagu mengeluarkan tanda rait daripada lagu dalam semua senarai main.

Mainkan CD secara automatik apabila anda memasukkannya

  1. Pilih iTunes > Keutamaan.

  2. Dalam anak tetingkap Umum, pilih Mula Mainkan daripada menu pop timbul “Apabila anda memasukkan CD”.

Untuk menghalang lagu daripada dimainkan, nyahpilih kotak semak di sebelah kiri tajuk lagu.

Untuk mengesetkan iTunes agar membuka CD tanpa memainkannya, pilih iTunes > Keutamaan, klik Umum dan pilih Tunjukkan CD daripada menu pop timbul “Apabila anda memasukkan CD”.