Dengar iTunes Radio

Dengan iTunes Radio, anda boleh menikmati radio penstriman percuma yang diperibadikan untuk anda dari muzik paling popular dalam iTunes Store. Anda boleh menala stesen yang ditampilkan yang disertakan dengan iTunes atau mencipta stesen anda sendiri mengikut cita rasa muzik anda. Anda juga boleh membeli sebarang lagu yang anda dengar dan memuat turunnya dengan segera ke pustaka iTunes anda. Jika anda melanggan iTunes Match, anda boleh menikmati iTunes Radio secara bebas iklan.

Untuk melihat iTunes Radio, pilih Muzik daripada menu pop timbul Pustaka dan klik Radio.

Menu pustaka, dengan anak panah menuding ke Muzik

Butang Radio

iTunes Radio hanya tersedia di beberapa negara pada masa ini.

Mainkan stesen

  • Untuk memainkan stesen, gerakkan penuding ke atas stesen dan klik Butang main di dalam bulatan.

  • Untuk melangkau ke lagu seterusnya, klik Butang maju berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes.

    Nota:  Anda boleh melangkau bilangan lagu yang terhad setiap jam. Had ini boleh berbeza-beza disebabkan beberapa faktor.

Sama seperti sebarang stesen radio, anda tidak dapat memainkan semula atau kembali ke permulaan lagi.

Cipta stesen

Anda boleh mencipta stesen di mana-mana sahaja dalam iTunes yang anda boleh mainkan lagu. Anda mencipta stesen dengan memilih artis, lagu atau genre; anda boleh menyesuaikan stesen lama kelamaan.

Untuk mencipta stesen:

  • Dalam iTunes Radio: Klik Tanda tambah bersebelahan Stesen Saya dan lakukan salah satu daripada berikut:

    • Taipkan artis, lagu atau genre, tekan Return, kemudian dwiklik hasil carian.

    • Klik genre, kemudian gerakkan penuding ke atas salah satu pilihan dan klik Tambah.

  • Di tempat lain dalam iTunes: Klik Butang menu tindakan bersebelahan lagu dan pilih “Stesen Baru dari Lagu” atau “Stesen Baru dari Artis” daripada menu pop timbul.

iTunes menamakan stesen tersebut mengikut artis, lagu atau genre yang anda pilih, tetapi anda boleh menamakan semula stesen dengan mengklik tajuknya.

Sesuaikan stesen

iTunes Radio mungkin tidak memainkan lagu atau artis khusus yang anda gunakan semasa mencipta stesen, tetapi anda boleh memberi contoh lagu dan artis yang anda suka dengar. Anda juga boleh meminta bahawa lagu atau tertentu tidak dimainkan langsung.

Berikut ialah cara untuk menyesuaikan stesen anda:

  • Minta atau tolak artis, lagu atau genre tertentu (pada stesen terpilih sahaja):

    • Semasa lagu dimainkan, klik Butang bintang berhampiran bahagian kanan atas tetingkap iTunes dan pilih Main Lagi Seperti Ini dan Jangan mainkan Lagu Ini daripada menu pop timbul.

    • Klik stesen untuk memaparkan kandungannya dan klik Tanda tambah di bawah “Main lagi seperti ini” atau “Jangan mainkan ini.” Taipkan artis, lagu atau genre, tekan Return, kemudian dwiklik hasil carian.

  • Laraskan keseimbangan antara lagu baru dan biasa (pada stesen terpilih sahaja): Klik stesen untuk memaparkan kandungannya dan klik Popular (biasa), Pelbagai (bercampur) atau Penemuan (baru).

  • Benarkan atau jangan benarkan kandungan eksplisit (pada semua stesen): Klik Aktif atau Tidak Aktif bersebelahan Benarkan Eksplisit (di atas Stesen Saya).

Beli Lagu

Semasa lagu dimainkan, anda boleh membelinya atau menambahnya pada Senarai Keinginan anda. Anda juga boleh membeli lagu yang dimainkan sebelumnya, termasuk lagu yang dimainkan dalam iTunes Radio pada mana-mana komputer atau peranti iOS anda.

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Beli lagu semasa: Klik harga berhampiran bahagian atas tengah tetingkap iTunes.

  • Tambah lagu semasa pada Senarai Keinginan anda. Klik Butang bintang berhampiran kiri atas tetingkap iTunes dan pilih Tambah pada Senarai Keinginan iTunes daripada menu pop timbul.

  • Beli lagu yang dimainkan sebelum ini: Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Klik stesen yang memainkan lagu untuk memaparkan kandungan stesen, gerakkan penuding ke atas lagu (di bawah Sejarah) dan klik harga.

    • Klik Butang Seterusnya berhampiran bahagian atas tengah tetingkap iTunes, gerakkan penuding ke atas lagu dan klik harga.

    Untuk mempratonton lagu sebelum membelinya, klik Butang main di dalam bulatan.

Nota:  Secara lalai, iklan yang muncul pada iTunes Radio adalah berdasarkan keutamaan peribadi anda, menggunakan data yang dikumpulkan daripada pustaka iTunes anda dan sumber lain. Untuk menghalang data sedemikian daripada dikumpulkan, pilih iTunes > Keutamaan, klik Kedai dan pilih Hadkan Penjejakan Iklan.