Gunakan app Kawalan Jauh untuk mengawal pustaka iTunes anda

Jika anda mempunyai iPod touch, iPhone atau iPad, anda boleh menggunakan aplikasi Kawalan Jauh untuk mengawal pustaka iTunes anda dari jauh. Aplikasi Kawalan Jauh tersedia secara muat turun percuma daripada App Store.

Sebelum anda boleh menggunakan Kawalan Jauh, anda perlu memasangkannya dengan pustaka iTunes yang anda mahu kawal. Peranti anda dan komputer anda mesti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.

Jika anda mempunyai Remote 2.0 (atau lebih baru) dan Perkongsian Rumah diaktifkan, anda boleh setkan Kawalan Jauh untuk berpasangan secara automatik dengan sebarang pustaka iTunes pada rangkaian Perkongsian Rumah anda. Anda juga boleh memasangkan Kawalan Jauh terus dengan pustaka iTunes yang tiada dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda.

Pasangkan Kawalan Jauh dengan pustaka iTunes

  1. Ketik Kawalan Jauh pada skrin Utama peranti anda.

  2. Ketik Tambah pustaka iTunes.

    Kod 4-digit muncul.

  3. Buka iTunes pada komputer anda dan klik butang Kawalan Jauh Ikon main di dalam bulatan putih, di dalam segi empat tepat kelabu.

  4. Taipkan kod 4-digit dalam tetingkap iTunes.

    iTunes memasangkan pustaka pada komputer anda dengan aplikasi Kawalan Jauh pada Peranti anda.

Pasangkan Kawalan Jauh dengan rangkaian Perkongsian Rumah anda

Untuk menggunakan Remote 2.0 (atau lebih baru) dengan Perkongsian Rumah, setiap pustaka iTunes yang anda mahu kawal mesti telah mengaktifkan Perkongsian Rumah. Untuk maklumat lanjut, lihat Gunakan Perkongsian Rumah untuk mengimport item daripada pustaka iTunes lain.

  1. Ketik Kawalan Jauh pada skrin Utama peranti anda.

  2. Ketik Seting.

  3. Ketik untuk mengaktifkan Perkongsian Rumah.

  4. Taipkan Apple ID dan kata laluan anda dan ketik Selesai.

  5. Ketik pustaka iTunes atau Apple TV yang anda mahu kawal.

Untuk maklumat lanjut, lihat tapak web Sokongan Jauh.