Cara untuk memainkan filem, rancangan TV dan video lain

Gunakan iTunes untuk memainkan:

  • Filem yang dibeli atau disewa daripada iTunes Store

  • Rancangan TV yang dibeli daripada iTunes Store

  • Video muzik yang dibeli daripada iTunes Store

  • Sebarang video yang serasi dengan QuickTime (seperti H.264 atau MPEG-4)

Nota:  Untuk mengakses video muzik anda, pilih Muzik daripada menu pop timbul Pustaka dan klik video.

Kawal main balik video

  • Gerakkan penuding ke mana-mana sahaja di atas tetingkap main balik untuk membuatkan kawalan (Main/Jeda, Kelantangan dan seterusnya) muncul.

    Kawalan video: Kelantangan, Video sebelumnya, imbas Undur, Main/Jeda, imbas Depan, Video seterusnya, Pemilih bab (untuk filem sahaja), Sari Kata, AirPlay, Skrin penuh

Gunakan sari kata dan trek audio alternatif

Sesetengah video menampilkan sari kata, kapsyen tertutup dan trek audio alternatif (contohnya, trek dalam bahasa lain).

  • Untuk menukar bahasa lalai yang digunakan untuk audio dan sari kata: Pilih iTunes > Keutamaan, klik Main Balik dan pilih bahasa daripada menu pop timbul Bahasa Audio dan Bahasa Sari Kata.

  • Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan kapsyen tertutup: Pilih iTunes > Keutamaan, klik Main Balik dan pilih atau nyahpilih “Tunjukkan kapsyen tertutup bila tersedia.”

  • Untuk menukar seting audio dan sari kata dengan cepat semasa filem dimainkan: Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Pilih Kawalan > Audio & Sari Kata > Pilihan.

    • Gerakkan penuding ke atas filem sehingga kawalan muncul, klik butang Sari kata  Belon dialog dan pilih pilihan.

Mainkan video dalam tetingkap berasingan

  • Mula memainkan video dan klik imej kecil di sebelah kiri kemajuan.

    Anak panah yang menuding ke imej kecil karya seni ke sebelah kiri bar kemajuan

    Video dibuka dalam tetingkap baru, yang anda boleh saiz semula dan alihkan.

Jika anda tidak dapat memainkan video

  • Secara lalai, video dimainkan dalam tetingkap iTunes. Jika anda menukar lokasi kepada tetingkap berasingan, tetingkap iTunes mungkin menyekat tetingkap yang video dimainkan. Cuba mana-mana daripada yang berikut:

    • Alihkan tetingkap iTunes.

    • Pilih video anda daripada menu Tetingkap, jika ia disenaraikan.

Anda tidak dapat mengedit video yang dibeli daripada iTunes Store. Video yang dibeli daripada kedai hanya boleh dilihat dalam iTunes dan QuickTime Player.