Halang item daripada membuka iTunes Store

Apabila item dipilih dalam tetingkap iTunes, anda boleh mengklik pautan bersebelahan item untuk melihatnya dalam iTunes Store. Anda boleh menghalang pautan daripada muncul jika, contohnya, anda mahu mengehadkan akses kepada kedai.

Sembunyikan pautan ke iTunes Store

  1. Pilih iTunes > Keutamaan.

  2. Klik Ibu Bapa.

  3. Pilih “Disable: iTunes Store.”

    Untuk membenarkan akses kepada iTunes U apabila iTunes Store dinyahdayakan, pilih “Benarkan akses kepada iTunes U.”

Untuk menghalang perubahan yang tidak dibenarkan, klik kunci di bahagian bawah anak tetingkap keutamaan.