Perihal label nasihat ibu bapa

Nasihat untuk radio Internet: Stesen yang tersedia menggunakan iTunes radio tidak berasal daripada Apple. Sesetengah bahan siaran untuk khalayak dewasa, seperti lagu dengan lirik yang eksplisit dan siaran jenaka dengan tema dan situasi dewasa.

Nasihat untuk iTunes Store: Yang berikut diperoleh daripada tapak web Nasihat Ibu Bapa Recording Industry Association of America. Nasihat Ibu Bapa ialah notis kepada pengguna bahawa rakaman yang dikenal pasti dengan logo ini mungkin mengandungi bahasa kesat atau perihalan keganasan, seks atau penyalahgunaan dadah. Budi bicara ibu bapa dinasihati.

Penggunaan Label Nasihat Ibu Bapa bukan penentu sama ada rakaman ialah atau tidak sesuai untuk pendengar tertentu. Sebaliknya, label yang tidak dapat dikeluarkan ini ialah “nasihat awal” kepada ibu bapa (dan pengguna, penjual dan pemborong) bahawa budi bicara ibu bapa dinasihati apabila membeli rakaman tertentu kepada kanak-kanak atau apabila mendengar rakaman di rumah.

Perihal label Nasihat Ibu Bapa

Isu berikut mungkin telah dipertimbangkan semasa membuat keputusan berkenaan dengan penggunaan label.

  • Sama ada, dilihat dari segi moral dan standard budaya kontemporari dan pilihan serta pandangan ibu bapa individu, rakaman mungkin sesuatu yang ibu bapa tidak mahu didengari oleh anak mereka.

  • Konteks sememangnya penting: Sesetengah perkataan, frasa, bunyi atau perihal mungkin menjelikkan kepada ibu bapa jika diserlahkan atau ditekankan, tetapi mungkin tidak mengganggu jika hanya sebahagian daripada latar belakang atau bukan bahagian lirik yang bermakna.

  • Konteks artis yang mempersembahkan bahan, dan juga harapan daripada khalayak artis, juga adalah penting. Selain daripada kata-kata lucah, perihalan keganasan, seks atau penyalahgunaan dadah” mesti dipertimbangkan semasa membuat keputusan mengenai penggunaan Label Nasihat Ibu Bapa.

  • Lirik sering kali terdedah kepada interpretasi yang berbeza-beza. Perkataan boleh mempunyai makna berlainan. Juga, perkataan tidak boleh dilihat secara berasingan daripada muzik yang mengiringinya. Lirik apabila diiringi oleh muzik yang kuat dan terjerit-jerit boleh dianggap berbeza daripada lirik yang sama diiringi oleh muzik yang lembut dan menenangkan.

Pelabelan bukanlah sains; ia memerlukan kesensitifan dan akal budi. Konteks, kekerapan dan penekanan pastinya adalah penting; rujukan yang terasing atau tidak difahami kepada bahan tertentu mungkin tidak mencukupi untuk mewarankan penggunaan label.

Garis panduan ini adalah berkenaan dengan kes trek tunggal yang dilancarkan secara komersial dan juga kepada album penuh (sama ada dikeluarkan dalam bentuk kaset CD atau sebarang konfigurasi lain) dan video.