Benarkan komputer untuk memainkan pembelian iTunes Store

Untuk memainkan banyak pembelian daripada iTunes Store, anda mesti membenarkan komputer anda menggunakan Apple ID dan kata laluan anda. (Pengesahan membantu melindungi hak cipta item yang dibeli.)

Anda boleh membenarkan sehingga lima komputer (Mac, Windows, atau kedua-duanya) pada satu masa. Untuk memainkan item yang dibeli pada komputer keenam, anda perlu membatalkan kebenaran komputer lain. iPod, iPhone, iPad atau Apple TV tidak diambil kira sebagai komputer.

Anda juga boleh membenarkan sehingga tiga komputer untuk memainkan item yang dibeli daripada tapak web Audible (audible.com). Audible ialah syarikat pihak ketiga yang menjual buku audio dan program pertuturan yang lain.

Anda boleh membenarkan atau membatalkan kebenaran komputer pada bila-bila masa. Pastikan anda membatalkan kebenaran komputer sebelum anda menjual atau memberinya kepada orang lain.

Benarkan atau batalkan kebenaran komputer

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Benarkan komputer untuk memainkan pembelian iTunes Store: Pilih Gedung  > Benarkan Komputer Ini.

  • Batalkan kebenaran komputer: Pilih Gedung  > Batalkan Kebenaran Komputer Ini.

  • Batalkan kebenaran komputer untuk memainkan program pertuturan yang dibeli daripada tapak web Audible: Pilih Gedung  > Batalkan Kebenaran Akaun Audible.

  • Jika anda terlupa untuk membatalkan kebenaran komputer yang anda sudah tidak miliki dan anda mempunyai lima komputer yang dibenarkan: Anda boleh membatalkan kebenaran semua komputer anda yang dibenarkan sekaligus. Anda boleh menggunakan kaedah ini sekali setahun.

    Daftar masuk ke iTunes Store, pilih Gedung > Lihat Apple ID Saya dan Batalkan Kebenaran Semua. Jika anda tidak melihat pilihan ini, ini adalah kerana anda mempunyai kurang daripada lima komputer yang dibenarkan.

Jika anda menghadapi masalah membatalkan kebenaran komputer, lawat tapak web Soalan Lazim Kebenaran iTunes Store.