Beli atau muat turun item daripada iTunes Store

Beli atau muat turun item

  • Cari item yang anda mahukan dan klik butang untuk memuat turunnya (bergantung pada item, butang mungkin tertera Beli, Percuma, Langgan, harga tertentu atau sesuatu yang lain).

Untuk mempratonton item sebelum membeli, gerakkan penuding ke atas item dan klik butang Pratonton . Untuk melihat senarai item yang telah anda pratonton, klik butang Sejarah Pratonton dalam iTunes Store.

Rancangan TV

Anda boleh membeli episod individu atau keseluruhan muzik (membeli keseluruhan muzik sekaligus mungkin lebih murah). Jika anda membeli keseluruhan musim, anda mempunyai pilihan ini (bukan semua tersedia untuk semua rancangan atau di semua negara):

  • Pas Musim: Untuk musim yang sedang ditayangkan. Semua episod yang tersedia dimuat turun ke pustaka iTunes anda; episod baru dimuat turun apabila ia tersedia.

    Penting:  Apabila episod baru tersedia, anda akan dimaklumkan melalui e-mel. Untuk memuat turun episod baru, klik pautan dalam e-mel. Jika anda membeli pas musim dan kemudian membeli episod individu, anda dicaj sekali lagu untuk episod.

  • Beli Semua Episod: Untuk musim yang sedang ditayangkan. Membeli semua episod yang tersedia untuk musim semasa, tetapi bukan episod baru.

  • Pas Berbilang: Untuk rancangan yang tidak mempunyai “musim” tradisional (contohnya, program berita). Episod terkini dimuat turun; setiap episod yang tinggal dimuat turun apabila ia menjadi tersedia.

  • Beli Musim: Untuk musim yang lengkap. Membeli dan memuat turun semua episod.

Banyak rancangan tersedia untuk dimuat turun dan dibeli sehari selepas ia disiarkan; sesetengah rancangan mungkin tidak tersedia selama beberapa hari.

Sesetengah rancangan tersedia dalam format HD (definisi tinggi). Apabila anda membeli rancangan TV HD, iTunes turut memuat turun fail definisi standard, jika anda mahu melihat rancangan pada peranti atau paparan bukan HD. Apabila anda menyelaraskan rancangan ke peranti anda, iTunes memindahkan fail yang betul secara automatik. Untuk menonton rancangan pada komputer anda dalam definisi standard, pilih iTunes > Keutamaan, klik Main Balik dan pilih Definisi Standard daripada menu Versi Video Diutamakan.

Buku dan buku audio

Anda boleh membaca buku dengan menyelaraskannya ke iPod touch, iPhone atau iPad anda dan menggunakan aplikasi iBooks percuma (tersedia daripada App Store).

Anda boleh mendengar buku audio pada komputer anda atau pada iPod touch, iPhone atau iPad anda.

Banyak buku audio memberi sampel yang boleh anda dengari sebelum anda membeli buku tersebut. Sampel dimuat turun hanya ke peranti anda.

Fail program yang dituturkan yang dibeli daripada iTunes Store mempunyai sambungan “.m4b.”

Aplikasi mudah alih dan permainan

App Store adalah sebahagian daripada iTunes Store. Anda boleh memuat turun aplikasi ke komputer anda dan menyelaraskannya ke iPod touch, iPhone atau iPad anda.

Anda boleh menggunakan aplikasi dan memainkan permainan hanya pada peranti anda, bukan pada komputer anda. Sesetengah aplikasi mungkin tidak berfungsi pada semua peranti.