Beri muzik dan video

Jika anda memiliki Apple ID, anda boleh membeli yang berikut untuk diberi kepada orang lain:

  • Sijil hadiah iTunes Store untuk amaun tertentu: Penerima boleh menggunakan sijil hadiah untuk membeli apa-apa sahaja pada iTunes Store (melainkan anda mempunyai akses terhad kepada item dengan Label Nasihat Ibu Bapa).

  • Elaun iTunes Store untuk amaun bulanan tertentu: Anda boleh menukar amaun elaun atau membatalkannya pada bila-bila masa. Hanya daftar masuk ke iTunes Store dan klik Lihat Akaun. Penerima boleh menggunakan elaun untuk membeli apa-apa sahaja pada iTunes Store (melainkan anda mempunyai akses terhad kepada item dengan Label Nasihat Ibu Bapa).

  • Lagu, album, video, aplikasi, buku audio dan banyak lagi

Anda juga boleh membeli Kad Hadiah iTunes prabayar daripada penjual terpilih. (Untuk maklumat lanjut, lawati tapak web iTunes).

Anda boleh menggunakan sijil hadiah, elaun atau kad hadiah hanya di iTunes Store untuk negara yang sama yang mana sijil telah dibeli.

Beri muzik dan video

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Beli sijil hadiah atau sediakan elaun: Pada halaman utama iTunes Store, klik Beli Hadiah iTunes (di bawah Pautan Cepat) dan ikuti arahan atas skrin.

  • Beri lagu tertentu daripada iTunes Store: Klik anak panah bersebelahan butang Beli lagu, pilih Hadiahkan Lagu Ini daripada menu pop timbul dan ikuti arahan atas skrin.

  • Beri album tertentu daripada iTunes Store: Klik anak panah bersebelahan butang Beli Album, pilih Hadiahkan Album Ini daripada menu pop timbul dan ikuti arahan atas skrin.