Cipta Senarai Keinginan iTunes Store

Anda boleh mencipta Senarai Keinginan item yang anda ingin belum daripada iTunes Store kemudian. Akaun anda tidak dicaj sehingga anda telah membeli item.

Hanya anda boleh melihat Senarai Keinginan anda.

Cipta Senarai Keinginan atau tambah item padanya

  1. Apabila anda menemui item dalam iTunes Store yang anda ingin tambah pada Senarai Keinginan anda, klik anak panah di sebelah kanan butang Beli.

    Anak panah bersebelah butang Beli

  2. Pilih Tambah ke Senarai Keinginan daripada menu yang muncul.

Beli item daripada Senarai Keinginan anda

  1. Pada halaman utama iTunes Store, klik Senarai Keinginan Saya (di bawah Pautan Cepat).

  2. Cari item yang anda mahu beli.

    Untuk memastikan lagu ialah lagu yang anda mahukan, anda boleh mendengar pratonton (bahagian lagu sepanjang 30 atau 90 saat) dengan mendwilik tajuk lagu atau mengklik butang Pratonton Mainkan ikon dalam bulatan untuk lagu.

  3. Klik Beli.

Lihat atau tukar Senarai Keinginan anda

  1. Pada halaman utama iTunes Store, klik Senarai Keinginan Saya (di bawah Pautan Cepat).

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Beli item pada Senarai Keinginan anda: Klik butang Beli bersebelahan item.

    • Keluarkan item daripada Senarai Keinginan anda: Pilih item atau gerakkan penuding ke atasnya dan klik Padam