Semak untuk pembelian iTunes Store

Apabila anda membuka iTunes, ia menyemak untuk pembelian iTunes Store yang masih belum dimuat turun ke komputer anda.

Anda juga boleh menyemak pembelian yang masih tidak dimuat turun. Anda mungkin mahu melakukan ini, contohnya jika muat turun telah terganggu.

Pastikan semua pembelian anda telah dimuat turun

  1. Pastikan anda disambungkan kepada Internet.

  2. Dalam iTunes, pilih Kedai > Semak untuk Muat Turun Tersedia.

  3. Masukkan Apple ID dan kata laluan anda (jika diminta) dan klik Semak.

Pembelian yang tiada pada komputer anda akan dimuat turun.

Item yang anda beli daripada iTunes Store ditambah pada senarai main Dibeli dalam iTunes. Walau bagaimanapun, disebabkan anda boleh menambah item atau mengeluarkan item daripada senarai ini, ia mungkin tidak tepat. Untuk melihat semua pembelian anda, klik iTunes Store, klik Akaun, log masuk, klik Sejarah Pembelian dan klik Lihat Semua.

Jika anda memadamkan senarai main Dibeli, iTunes mencipta yang baru apabila anda membeli item daripada iTunes Store.