Sewa filem daripada iTunes Store

Anda boleh menyewa dan memainkan filem daripada iTunes Store pada komputer, iPod, iPhone atau iPad anda. Jika anda mempunyai Apple TV, anda boleh menggunakannya untuk menyewa item dan memainkannya pada sistem teater rumah anda.

Item yang disewa tamat tempoh dalam masa 30 hari selepas anda menyewanya atau 24 jam selepas anda mula memainkannya, mana satu dahulu. Sewaan yang tamat tempoh akan dipadamkan secara automatik. Had masa yang sama dikenakan pada sewaan pada komputer dan peranti.

Anda boleh memindahkan filem yang disewa daripada komputer anda ke iPod touch, iPhone, iPad atau Apple TV anda, jika peranti anda dapat memainkan item yang disewa. Jika anda mempunyai telefon iPhone 3GS (atau lebih baru) atau iPod touch (generasi ketiga atau lebih baru), anda juga boleh memindahkan sewaan daripada peranti anda ke komputer anda.

Nota:  Jika anda merancang untuk menonton sewaan menggunakan Apple TV, anda akan mendapat video berkualiti terbaik dengan menyewanya menggunakan Apple TV anda. Filem HD yang disewa menggunakan Apple TV tidak dapat dipindahkan ke komputer atau peranti lain. Untuk maklumat lanjut, lihat dokumentasi untuk Apple TV anda.

Sewa item daripada iTunes Store menggunakan komputer anda

  • Apabila anda melihat filem yang anda mahu sewa, klik Sewa Filem (jika anda tidak nampak butang ini, item tidak tersedia untuk disewa).

    Butang Sewa

Sewaan dimuat turun ke pustaka iTunes anda.

Nota:  Harga yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Harga sebenar dan mata wang adalah berbeza mengikut item dan negara.

Pindahkan sewaan daripada pustaka iTunes anda ke iPod, iPhone, iPad atau Apple TV

  1. Sambungkan peranti anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik Filem.

  3. Pilih item disewa.

  4. Klik Pindahkan.

Untuk memindahkan sewaan daripada peranti anda ke komputer anda, ikuti arahan yang sama.

Sesetengah filem dalam iTunes Store tersedia untuk disewa dalam format kualiti HD. Sewaan HD hanya boleh dipindahkan ke peranti iOS yang boleh memaparkan kandungan HD.

Untuk maklumat mengenai menyewa filem menggunakan peranti anda, lihat dokumentasi peranti.

Nota:  Syarat ini berkenaan dengan sewaan A.S. Syarat sewaan berbeza-beza mengikut negara.