Gambaran keseluruhan iTunes Store

iTunes Store ialah gedung muzik #1 di dunia, dengan berjuta-juta lagu, album, video dan banyak lagi untuk dibeli, dan juga banyak item percuma, seperti podcast dan kuliah pendidikan.

Untuk masuk, klik butang iTunes Store.

Tetingkap utama iTunes store: Klik butang untuk menavigasi ke jenis kandungan berlainan, cari item, klik butang Pustaka untuk keluar daripada kedai

Item yang anda beli, sewa atau muat turun secara percuma daripada iTunes Store ditambah dengan segera ke pustaka iTunes anda. Anda juga boleh menyediakan muat turun automatik agar item yang anda muat turun daripada kedai dimuat turun ke semua komputer dan peranti anda, bukan sahaja yang anda gunakan untuk mendapatkan item.

Untuk memuat turun item daripada iTunes Store, anda memerlukan:

Jika anda tidak menemui apa yang anda cari dalam iTunes Store, ia mungkin tidak tersedia. Untuk menyerahkan permintaan ke iTunes Store, pergi ke halaman web Minta Muzik.

Penting:  Semua jualan adalah muktamad. Akaun anda dicaj apabila anda mengklik butang Beli.

iTunes Store mungkin tidak tersedia di semua negara atau kawasan dan kandungan iTunes Store mungkin berbeza-beza mengikut negara atau kawasan.