Jika anda menghadapi masalah menggunakan iTunes Store

Jika anda tidak dapat melayari, daftar masuk atau beli muzik daripada iTunes Store

Cuba yang berikut:

  • Jika anda melihat mesej bahawa komputer anda tidak dapat disambungkan ke iTunes Store, klik item lain (contohnya, Podcast) dan klik iTunes Store sekali lagi. Jika ini masih tidak berfungsi, pastikan sambungan Internet anda berfungsi—buka pelayar web dan lawati tapak web. Jika sambungan Internet anda OK, mungkin terdapat masalah dengan iTunes Store. Cuba lawati kedai pada masa lain.

  • Pastikan tarikh, masa dan zon waktu komputer anda disetkan dengan betul dalam keutamaan Tarikh & Masa. Pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem dan klik Tarikh & Masa.

  • Pastikan maklumat akaun anda adalah tepat dan anda tidak perlu membetulkan masalah dengan pembelian sebelumnya. Masuki iTunes Store, klik nama akaun anda di bahagian atas tetingkap iTunes Store dan daftar masuk ke akaun anda. Untuk mengesahkan maklumat akaun anda, klik Edit Info Akaun dan Edit Maklumat Pembayaran.

  • Jika anda menghadapi masalah mendaftar masuk ke kedai menggunakan akaun AOL anda, akaun AOL anda mungkin tidak berfungsi dengan iTunes Store di negara anda. Hanya pelanggan di A.S. dan U.K. boleh mendaftar masuk menggunakan akaun AOL mereka.

  • Pastikan bahawa iTunes Store tersedia di negara anda. Untuk maklumat lanjut, lawati tapak web iTunes.

  • Jika anda tidak dapat mencari lagu atau album yang anda inginkan, ia mungkin tidak tersedia untuk jualan. Lawati halaman web Minta Muzik, dan lawati iTunes Store pada masa lain untuk melihat sama ada lagu atau album tersedia.

Jika anda masih menghadapi masalah menggunakan iTunes Store, lawati tapak web Sokongan iTunes Store.