Glosari

Istilah

Definisi

AAC

Pengekodan Audio Lanjutan (juga dipanggil MPEG-4); cara standard untuk memampatkan dan mengekodkan audio digital. Fail AAC boleh dimainkan menggunakan iPod, iPhone, iPad dan aplikasi yang menyokong QuickTime.

Fail yang dikodkan AAC hampir setanding dengan kualiti CD audio dan berbunyi hampir setara anda lebih baik daripada fail MP3 yang dikodkan pada kadar bit yang sama atau lebih tinggi. Contohnya, fail AAC 128 Kbps akan berbunyi setanding dengan atau lebih bagus daripada fail MP3 160 Kbps. Disebabkan kadar bit adalah lebih rendah, fail AAC juga adalah lebih kecil daripada fail MP3.

Fail AAC membolehkan anda menyimpan kebanyakan muzik pada cakera keras atau peranti anda. Pada seting Kualiti Tinggi, fail AAC menggunakan lebih kurang 1 MB ruang cakera untuk setiap minit.

AIFF

Format Fail Saling Tukar Audio; format tidak dimampatkan dan tidak hilang untuk audio digital. Gunakan fail AIFF untuk membakar CD audio berkualiti tinggi daripada lagu yang diimport. Fail AIFF menggunakan lebih kurang 10 MB ruang cakera untuk setiap minit.

AirPlay

Satu cara untuk memainkan muzik daripada pustaka iTunes pada berbilang speaker atau peranti didayakan AirPlay melalui rangkaian tempatan wayarles.

elaun

Kredit bulanan yang boleh digunakan untuk membeli item daripada iTunes Store. Pembeli elaun dan penerima mesti mempunyai Apple ID.

Apple Lossless

Kaedah yang dibangunkan oleh Apple untuk mencipta fail muzik digital. Fail Apple Lossless boleh dimainkan menggunakan aplikasi yang menyokong QuickTime, iPhone, iPad dan beberapa model iPod. Gunakan Apple Lossless untuk mendengar lagu pada sistem bunyi berkualiti audiophile tanpa kehilangan kualiti dan untuk membakar CD audio berkualiti tinggi daripada lagu yang diimport.

Fail Apple Lossless menggunakan lebih kurang 5 MB ruang cakera untuk setiap minit.

App Store

Sebahagian daripada iTunes Store, dari mana anda boleh memuat turun aplikasi untuk iPod touch, iPhone dan iPad.

Apple TV

Peranti untuk memainkan kandungan yang dimuat turun daripada iTunes Store atau daripada pustaka iTunes anda pada sistem teater rumah anda.

Tapak web Audible

Tapak web (audible.com) yang menjual buku audio dan program pertuturan yang lain. Item yang dibeli daripada tapak web Audible boleh dimuat turun ke iTunes dan boleh dimainkan pada komputer, iPod, iPhone atau iPad anda.

buku audio

Program pertuturan yang dirakamkan, seperti buku yang dibaca dengan lantang. Anda boleh membeli dan memuat turun buku audio daripada iTunes Store dan tapak web Audible.

benarkan

Untuk mendayakan komputer bagi memainkan pembelian iTunes Store. Anda boleh membenarkan sehingga lima komputer pada satu masa.

Nota:  Komputer boleh memainkan lagu iTunes Plus tanpa kebenaran.

Anda juga boleh membenarkan komputer anda untuk memainkan pembelian tapak web Audible anda.

penimbal

Sebahagian daripada muzik atau video yang disimpan buat sementara pada komputer anda apabila anda menstrim kandungan media dari Internet. Penimbal mengimbangi variasi dalam kelajuan sambungan, yang menghasilkan main balik lebih lancar.

bakar

Untuk merakam lagu pada CD atau DVD.

Bersih

Label yang dikeluarkan oleh Recording Industry Association of America untuk mengenal pasti versi rakaman “eksplisit” yang diedit.

pendam silang

Untuk mula memainkan lagu seterusnya semasa lagu sebelumnya masih bermain.

batalkan kebenaran

Untuk menghalang komputer yang dibenarkan daripada memainkan pembelian iTunes Store. Anda hendaklah melakukan ini sebelum anda memberi atau menjual komputer anda.

muat turun

Untuk memindahkan fail daripada satu komputer atau sistem kepada yang lain; contohnya, anda boleh memuat turun muzik daripada iTunes Store ke komputer anda.

keluarkan

Untuk mengeluarkan cakera (CD atau DVD) daripada pemacu cakera atau untuk mengeluarkan iPod, iPhone atau iPad daripada senarai peranti dalam tetingkap iTunes. Untuk mengeluarkan cakera atau peranti, klik butang Keluarkan ikon Keluarkan bersebelahan item.

format pengekodan

Jenis format yang digunakan untuk mencipta fail digital. Format pengekodan audio termasuk AAC, Apple Lossless, MP3 dan lain-lain. Format video termasuk MPEG-4, H.124 dan yang lain.

penyama

Set kawalan untuk menukar frekuensi bunyi (contohnya, meningkatkan bes pada lagu rock) untuk menyesuaikan dengan speaker, citarasa peribadi dan faktor lain.

Eksplisit

Label—dikeluarkan oleh penerbit media—yang mengisyaratkan pengguna mengenai kandungan yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak. Lihat “Bersih.”

Genius

Ciri yang membolehkan anda mencari muzik baru—dalam pustaka anda dan dalam iTunes Store—yang berkaitan dengan muzik yang sudah ada dalam pustaka anda.

Campuran Genius

Senarai main berterusan dalam genre tertentu—seperti stesen radio bebas komersial yang memainkan lagu kegemaran anda—yang dicipta oleh iTunes daripada muzik dalam pustaka anda. iTunes boleh mencipta sehingga 12 Campuran Genius.

Senarai main Genius

Senarai main yang dicipta oleh iTunes untuk lagu yang sesuai dimainkan bersama lagu yang anda tentukan.

Pangkalan data media Gracenote

Perkhidmatan dalam talian yang mengandungi maklumat mengenai CD audio. iTunes menggunakan pangkalan data ini untuk memaparkan nama CD, tajuk lagu dan seterusnya.

Perkongsian Rumah

Satu cara untuk berkongsi dan mengimport item daripada sehingga lima pustaka iTunes pada komputer lain dalam rangkaian rumah anda. Untuk menggunakan Perkongsian Rumah, anda mesti memiliki Apple ID dan semua komputer dalam rangkaian Perkongsian Rumah mesti dibenarkan untuk memainkan pembelian yang dibuat menggunakan Apple ID tersebut.

iCloud

Perkhidmatan Apple yang menyimpan muzik, foto, aplikasi, kenalan, kalendar anda dan banyak lagi dan menghantarnya secara wayarles ke semua peranti dan komputer iOS anda.

import

Untuk menambah muzik, video dan media lain pada pustaka iTunes anda.

iTunes Extras

Pengalaman unik yang menampilkan temu ramah eksklusif, video, foto dan banyak lagi. Tersedia dengan pembelian filem terpilih dalam iTunes Store.

Pustaka iTunes

Koleksi muzik, video dan media lain yang telah anda import ke iTunes.

Fail Pustaka iTunes

Pangkalan data dengan kandungan pustaka anda. Jika anda mengalihkan atau memadamkan fail ini, iTunes akan mencipta yang baru pada kali seterusnya anda membuka iTunes, tetapi ia tidak mengandungi senarai main, rating lagu, komen dan maklumat lain yang anda cipta.

iTunes LP

Pengalaman unik yang menampilkan temu ramah eksklusif, video, foto dan banyak lagi. Tersedia dengan pembelian album terpilih dalam iTunes Store.

iTunes Plus

Lagu dan video muzik, tersedia di iTunes Store, yang dikodkan dalam format ACC 256-Kbps berkualiti tinggi. Tiada had salinan untuk item iTunes Plus dan ia bebas daripada pengehadan pengurusan hak digital (DRM). Kandungan iTunes Plus boleh dimainkan pada iPod, iPhone, iPad, Apple TV, semua komputer Mac dan Windows dan banyak lagi pemain muzik digital.

iTunes Store

Kedai dalam talian yang boleh diakses menerusi iTunes, yang mana anda boleh membeli muzik dan video, menyewa filem, memuat turun podcast percuma dan banyak lagi.

iOS

Perisian sistem pengendalian mudah alih yang digunakan oleh iPhone, iPod touch dan iPad.

MP3

Format audio yang biasa digunakan untuk pemain audio digital. MP3 boleh dimainkan menggunakan komputer dan kebanyakan pemain muzik digital, termasuk iPod, iPhone dan iPad.

Fail MP3 menggunakan lebih kurang 1 MB ruang cakera untuk setiap minit.

Pas Berbilang

Pilihan untuk membeli rancangan TV daripada iTunes Store. Direka bentuk untuk rancangan yang tidak mempunyai “musim” biasa (contohnya, rancangan berita), Pas Berbilang membeli bilangan episod yang telah ditetapkan.

kawalan ibu bapa

Pilihan yang membolehkan pentadbir komputer untuk mengehadkan akses kepada ciri. Dalam anak tetingkap Keibubapaan pada keutamaan iTunes, contohnya, anda boleh menghalang orang daripada mengakses iTunes Store.

senarai main

Koleksi lagu atau media lain (video dan podcast) yang disusun mengikut tertib tersuai.

podcast

Rancangan gaya radio atau TV yang anda boleh muat turun daripada Internet secara percuma daripada iTunes Store, dan juga pelbagai tapak web. Sesetengah podcast ialah episod individu; sesetengah daripadanya adalah siri.

QuickTime

Perisian multimedia daripada Apple yang mengendalikan video, bunyi, teks, animasi, muzik dan beberapa jenis imej yang tersedia untuk komputer Mac dan PC.

nada dering

Bunyi yang dikeluarkan telefon mudah alih apabila seseorang memanggil.

salin

Untuk memindahkan lagu daripada CD ke pemacu keras.

Pas Musim

Pilihan untuk membeli rancangan TV daripada iTunes Store. Dengan Pas Musim, semua episod yang tersedia pada masa ini dimuat turun ke iTunes pada komputer anda. Apabila episod baru tersedia, anda dimaklumkan dan rancangan tersebut akan dimuat turun. Jika anda tidak bersambung ke Internet, episod dimasukkan dalam baris gilir muat turun iTunes Store anda dan anda boleh memuat turunnya pada kali seterusnya anda dalam talian.

pustaka dikongsi

Pustaka iTunes (atau sebahagian daripadanya) yang disediakan agar orang lain pada rangkaian tempatan boleh memainkan fail media pustaka pada komputer mereka sendiri.

rombak

Untuk memainkan muzik atau video dalam tertib rawak.

Senarai Main Pintar

Senarai main untuk yang mana anda menetapkan peraturan (contohnya, lagu daripada artis tertentu); apabila anda menambah lagu pada pustaka anda yang sepadan dengan peraturan anda, iTunes menambah lagu tersebut secara automatik ke Senarai Main Pintar.

Periksa Bunyi

Seting dalam keutamaan iTunes yang melaraskan lagu untuk dimainkan pada paras kelantangan yang sama.

strim

Untuk memainkan media pada peranti tanpa menyimpan fail media pada peranti. Contohnya, sesetengah tapak web menstrim filem yang boleh anda tonton pada komputer anda. Anda boleh menstrim item daripada pustaka iTunes anda ke TV anda menggunakan Apple TV.

Time Machine

Aplikasi yang disertakan dengan OS X yang menyandarkan fail pada pemacu keras anda secara automatik pada selang masa yang tetap. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik desktop dan pilih Bantuan > Pusat Bantuan (atau Bantuan Mac).

pindah

Dalam iTunes, untuk memindahkan filem yang disewa dari satu lokasi ke lokasi lain, seperti dari pustaka iTunes anda ke komputer ke iPod, iPhone atau iPad.

selaras

Untuk mengemas kini iPod, iPhone, iPad atau Apple TV agar ia mengandungi beberapa atau kesemua muzik, video dan fail lain dalam pustaka iTunes anda.

pentampak

Program yang memaparkan kesan visual dalam tetingkap iTunes.

WAV

Bentuk gelombang; format audio digital biasa digunakan dengan Microsoft Windows dan komputer tanpa perisian MP3.

Fail WAV menggunakan lebih kurang 10 MB ruang cakera untuk setiap minit.

Senarai Keinginan

Direktori dalam talian bagi item iTunes Store yang anda rancang untuk beli. Anda boleh pratonton dan membeli item terus daripada Senarai Keinginan anda. Untuk melihat senarai keinginan anda, klik Senarai Keinginan Saya di bawah Pautan Cepat dalam laman utama iTunes Store.

WMA

Windows Media Audio; format fail audio digital yang dicipta oleh Microsoft. iTunes boleh menukarkan fail WMA kepada format lain.