Penyelesaian kebolehcapaian untuk iTunes

Ciri iTunes yang berikut memberi penyelesaian kebolehcapaian untuk orang dengan ketidakupayaan:

  • VoiceOver: Anda boleh menggunakan VoiceOver, pembaca skrin yang disertakan dengan OS X, semasa menggunakan iTunes dan iTunes Store.

  • Kapsyen untuk filem dan podcast: iTunes boleh memainkan filem berkapsyen dan bersari kata. Anda boleh membeli atau menyewa filem yang termasuk kapsyen tertutup daripada iTunes Store. iTunes Store turut menawarkan banyak podcast berkapsyen pada iTunes U. Untuk maklumat lanjut, lihat Cara untuk memainkan filem, rancangan TV dan video lain.

  • Pintasan papan kekunci: Anda boleh menggunakan papan kekunci untuk melakukan banyak tugas dalam iTunes. Untuk senarai penuh, lihat Pintasan papan kekunci.

  • Menu dituturkan: iPod nano dan iPod shuffle boleh menyebut nama menu, lagu dan artis untuk membantu anda melayari dan memilih lagu. Lihat Ciri kebolehcapaian untuk iPod, iPhone dan iPad.

  • Penyelesaian pada peranti yang lain: iPhone 3GS (atau lebih baru) dan iPad mempunyai ciri kebolehcapaian seperti Zum, Songsang Warna, Audio Mono dan Sebut Teks Auto. Model iPod yang disokong boleh mengumumkan nama lagu, artis dan lebih banyak. Untuk maklumat lanjut, lihat Ciri kebolehcapaian untuk iPod, iPhone dan iPad.

Untuk maklumat lanjut mengenai ciri kebolehcapaian iTunes, lihat tapak web Kebolehcapaian iTunes.