Gambaran keseluruhan penyelarasan

Jika anda mempunyai iPod, iPhone atau iPad, anda boleh membawa pustaka iTunes anda ke mana sahaja anda pergi. Anda boleh membawa keseluruhan pustaka anda atau hanya beberapa item—lagu, filem, buku, podcast, foto dan seterusnya. Anda juga boleh menambah kenalan, kalendar, penanda buku web, akaun mel dan nota.

Anda boleh menggunakan iTunes untuk menyediakan, mengurus dan menambah kandungan pada iPod, iPhone atau iPad anda. Menambah item pada peranti anda dipanggil penyelarasan.

Gambar antara muka penyelarasan yang menunjukkan nama peranti dan senarai sumber, butang untuk menyelaraskan jenis kandungan berlainan, bar kapasiti dan butang Guna

Anda boleh menyelaraskan iPod touch, iPhone dan iPad anda dengan satu pustaka iTunes sahaja pada satu-satu masa. Anda boleh menyelaraskan model iPod lain (selain iPod touch) dengan berbilang pustaka iTunes dengan memilih penyelarasan manual.

Jika anda melanggan iTunes Match, anda tidak boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskan muzik ke peranti iOS anda, tetapi anda boleh menyelaraskan jenis kandungan lain. Untuk maklumat mengenai menambah muzik pada peranti anda daripada iCloud, lihat dokumentasi untuk peranti anda.

Anda juga boleh menambah kandungan daripada iTunes Store ke peranti anda tanpa penyelarasan dengan menggunakan muat turun automatik, memuat turun pembelian seterusnya dan membuat pembelian menggunakan aplikasi iTunes pada peranti anda.