Sambungkan atau putuskan sambungan iPod, iPhone atau iPad anda

Sambungkan iPod, iPhone atau iPad anda untuk kali pertama

  1. Menggunakan kabel yang datang dengan peranti anda, sambungkan peranti ke komputer anda.

  2. Jika iTunes tidak dibuka secara automatik, bukanya.

    Skrin Alu-aluan dipaparkan.

  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Klik Teruskan.

    • Jika anda mahu menyalin semua maklumat dari peranti lain yang anda gunakan dengan iTunes pada peranti ini, klik "Pulihkan daripada sandaran ini." Jika tidak, klik "Sediakan sebagai baru" dan klik Teruskan untuk menambah item pada peranti ini.

Sambungkan atau putuskan sambungan peranti anda

  1. Menggunakan kabel yang datang dengan peranti anda, sambungkan peranti ke komputer anda.

  2. Jika iTunes tidak dibuka secara automatik, bukanya.

  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Jika anda hanya mempunyai satu peranti yang disambungkan, klik butang Peranti berhampiran bahagian atas tetingkap iTunes.

    • Jika anda mempunyai lebih daripada satu peranti yang disambungkan, klik butang Peranti dan pilih peranti daripada menu pop timbul.

      Menu pop timbul Peranti

  4. Untuk memutuskan peranti anda, klik dahulu butang Keluarkan ikon Keluarkan bersebelahan peranti atau pilih Kawalan > Keluarkan Peranti.