Jika anda tidak dapat menyelaraskan video

Jika iTunes memberitahu anda video tidak diselaraskan kerana ia tidak dapat dimainkan pada peranti anda, anda boleh menukarkannya kepada versi yang dioptimumkan untuk peranti anda.

Anda boleh menukarkan kebanyakan video agar berfungsi dengan iPod, iPhone, iPad atau Apple TV.

Tukar video

  1. Dalam iTunes, pilih video yang anda mahu tukarkan.

  2. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Pilih Fail > Cipta Versi Baru > Cipta Versi iPod atau iPhone.

    • Pilih Fail > Cipta Versi Baru > Cipta Versi iPad atau Apple TV.

Menukarkan video boleh mengambil masa beberapa minit hingga beberapa jam, bergantung pada komputer anda dan panjang serta kandungan video.

Video asal kekal dalam pustaka iTunes anda.