Perlukan gesaan untuk penyelarasan automatik

Jika anda telah menyediakan penyelarasan automatik, iTunes menyelaraskan iPod, iPhone atau iPad anda pada bila-bila masa anda menyambungkannya. Jika anda mahukan iTunes bertanya anda sebelum penyelarasan automatik, anda boleh berbuat demikian.

Anda boleh mengesetkan iTunes untuk bertanya anda sebelum menyelaraskan iPod, iPhone atau iPad tertentu; atau semua peranti iPod, iPhone atau iPad yang anda sambungkan ke komputer anda.

Perlukan gesaan sebelum menyelaraskan iPod, iPhone atau iPad tertentu

  1. Sambungkan iPod, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik Ringkasan dan kemudian pilih “Buka iTunes apabila Peranti ini disambungkan.”

Nota:  Pilihan ini tidak tersedia jika anda memilih “Halang iPod, iPhone, dan iPad daripada menyelaras secara automatik” dalam anak tetingkap Peranti dalam keutamaan iTunes.

Perlukan gesaan sebelum menyelaraskan semua peranti iPod, iPhone atau iPad

  1. Dalam iTunes, pilih iTunes > Keutamaan.

  2. Klik Peranti.

  3. Pilih "Halang iPod, iPhone dan iPad daripada menyelaras secara automatik."

Untuk menyelaraskan iPod, iPhone atau iPad anda apabila gesaan diperlukan, sambungan iPod, iPhone atau iPad anda ke komputer anda, pilih peranti anda daripada menu pop timbul Peranti berdekatan bahagian atas tetingkap iTunes dan klik Selaraskan.

Untuk maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna iPod, iPhone atau iPad atau tapak web Sokongan Apple.