Sediakan penyelarasan untuk iPod, iPhone atau iPad

Anda boleh menyediakan iPod, iPhone atau iPad anda untuk penyelarasan automatik atau manual.

  • Penyelarasan automatik: Selaraskan keseluruhan pustaka iTunes anda atau pilih item khusus untuk penyelarasan. Pada bila-bila masa anda menyambungkan peranti anda, iTunes mengemas kininya secara automatik agar sepadan dengan sebarang perubahan yang dibuat pada pustaka anda sejak penyelarasan terakhir. Anda boleh menyelaraskan peranti secara automatik dengan satu pustaka iTunes sahaja pada satu-satu masa.

  • Penyelarasan manual: Seret item ke peranti anda secara individu.

Dengan mana-mana satu kaedah penyelarasan, anda juga boleh mengisikan sebarang ruang yang tersedia pada peranti anda dengan pilihan lalai lagu menggunakan Isu Auto.

Anda boleh menukar seting penyelarasan anda pada bila-bila masa anda sambungkan peranti ke komputer anda.

Pilih item untuk menyelaraskan secara automatik

  1. Sambungkan iPod, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Pilih jenis media yang anda mahu selaraskan.

    Jenis media yang anda selaraskan bergantung pada peranti anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Selaraskan dan susun aplikasi iOS dan Tambah foto pada iPod, iPhone atau iPad.

  3. Pilih kotak semak Selaraskan dan pilih item yang anda mahu selaraskan secara automatik setiap kali anda sambungkan peranti anda.

    Klik butang untuk memilih jenis kandungan yang anda mahu selaraskan, kemudian pilih kotak semak penyelarasan dan pilih item yang anda mahu selaraskan secara automatik

    Bar di bahagian bawah tetingkap menunjukkan ruang yang akan tinggal pada peranti anda selepas penyelarasan.

    Gerakkan penuding ke atas bar untuk melihat butiran mengenai kandungan yang selaraskan dan lihat ruang yang tinggal untuk lebih banyak kandungan

  4. Apabila anda bersedia untuk menyelaraskan, klik Guna.

Petua:  Untuk memastikan item tertentu tidak diselaraskan langsung, nyahpilih kotak semak dalam pustaka iTunes dan pilih “Selaraskan item yang dipilih sahaja” dalam anak tetingkap Ringkasan.

Anda boleh menyelaraskan pustaka iTunes anda secara automatik kepada berbilang peranti dan menggunakan seting berlainan untuk setiap peranti.

AMARAN:  Jika anda memadamkan item yang diselaraskan daripada pustaka iTunes anda, item yang dipadamkan dikeluarkan daripada peranti anda pada kali seterusnya anda selaraskan.

Selaraskan peranti anda secara manual

Jika anda menggunakan penyelarasan manual, anda boleh menyelaraskan item daripada lebih daripada satu pustaka iTunes ke iPod anda. (Anda boleh menyelaraskan iPod touch, iPhone dan iPad anda dengan satu pustaka iTunes sahaja.)

Anda boleh menyelaraskan muzik, filem, rancangan TV, podcast, dan pelajaran iTunes U secara manual. Anda tidak boleh menyelaraskan foto dan info secara manual (kenalan, kalendar, penanda buku dan seterusnya).

  1. Sambungkan iPod, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik butang Ringkasan dan pilih “Uruskan muzik dan video secara manual” (di bawah Pilihan).

  3. Klik butang Pada Peranti Ini.

    Butang Pada Peranti Ini berhampiran bahagian atas tetingkap iTunes

  4. Klik Tambah Ikon tanda tambah dan senarai di sebelah kanan tetingkap iTunes.

  5. Seret item dari sebelah kiri tetingkap iTunes ke anak tetingkap di sebelah kanan. Untuk menambah jenis kandungan lain, pilih kategori daripada menu pop timbul Pustaka.

    Menu pop timbul Pustaka, dengan Muzik dipilih

  6. Klik Selesai.

Jika anda menggunakan penyelarasan automatik, anda juga boleh menambah item pada peranti anda dengan menyeret. Untuk menyeret item ke peranti yang diselaraskan secara automatik, ikuti arahan di atas, tetapi langkau langkah 2.

Tambah item dengan cepat pada peranti yang disambungkan

Anda boleh menambah item ke peranti bersambung secara terus daripada pustaka iTunes anda, tanpa menggunakan kawalan penyelarasan.

  1. Mula menyeret item yang anda mahu tambah.

    Anak tetingkap dengan senarai peranti yang disambungkan muncul di sebelah kanan.

  2. Seret item ke peranti dalam senarai.

    Tangkapan skrin album yang diseret ke peranti, peranti diserlahkan

Gunakan Isi Auto untuk menambah lagu

  1. Sambungkan iPod, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik butang Pada Peranti Ini.

    Butang Pada Peranti Ini berhampiran bahagian atas tetingkap iTunes

  3. Klik Muzik di sebelah kiri tetingkap iTunes.

    Anak panah yang menuding pada Muzik di sebelah kiri tetingkap iTunes

  4. Pilih lagu yang anda mahu selaraskan daripada menu pop timbul Isi Auto di bahagian bawah anak tetingkap Muzik:

    Menu untuk Isi Auto

  5. Untuk melaraskan seting Isi Auto, klik Seting.

    Tetingkap Seting Isi Auto

  6. Apabila anda selesai, klik OK.

  7. Klik Isi Auto.

Setiap kali anda menggunakan Isi Auto, iTunes menambah lagu berlainan pada peranti anda.