Tambah iBooks dan buku audio pada iPod, iPhone atau iPad

Anda boleh memuat turun iBooks ke komputer anda dan menggunakan iTunes untuk menyelaraskannya ke iPod touch, iPhone atau iPad anda. Anda juga boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskan buku audio ke peranti iPod atau iOS anda.

Selaraskan iBooks atau buku audio ke peranti anda

  1. Sambungkan peranti anda ke komputer anda dan pilih peranti anda dalam iTunes.

  2. Klik butang Buku.

  3. Lakukan mana-mana satu atau kedua-dua daripada berikut:

    • Selaraskan iBooks: Pilih Selaraskan Buku, kemudian klik “Semua buku” atau klik “Buku terpilih” dan pilih iBooks yang anda mahu tambah.

    • Selaraskan buku audio: Pilih Selaraskan Buku Audio, kemudian klik “Semua buku audio” atau klik “Buku audio terpilih” dan pilih buku audio yang anda mahu tambah.

  4. Klik Guna.