Tambah foto pada iPod, iPhone atau iPad

Jika anda mempunyai iPod dengan paparan warna, iPhone atau iPad, anda boleh menambah foto digital padanya menggunakan iTunes.

Anda boleh sambungkan iPhone, iPad dan beberapa model iPod ke TV untuk melihat foto.

Tambah foto pada iPod, iPhone atau iPad anda

  1. Sambungkan iPod, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik butang Foto.

  3. Pilih “Selaraskan foto daripada” dan pilih album atau folder daripada menu pop timbul.

  4. Pilih sama ada untuk mengalihkan semua foto, album, acara, dan muka atau hanya pilihan.

    Jika anda menyelaraskan foto daripada iPhoto 8.1 atau lebih baru atau Aperture 3.0.1 atau lebih baru, anda boleh menyelaraskan menggunakan Muka dan Acara. Beberapa versi awal iPhoto turut menyokong Acara.

    Untuk menyelaraskan video daripada iPhoto 6.0.6 atau lebih baru, pilih “Sertakan video.”

  5. Untuk turut mengalihkan versi resolusi penuh foto ini ke iPod anda, pilih “Sertakan foto resolusi penuh.”

    Nota:  Untuk mengalihkan foto daripada iPod anda ke komputer lain, pilih pilihan ini dan turut pilih “Dayakan penggunaan cakera” dalam anak tetingkap Ringkasan. Pilihan ini tidak tersedia pada iPod touch, iPhone atau iPad. Untuk maklumat lanjut, lihat Gunakan iPod sebagai cakera keras luaran.

  6. Klik Guna.

Jika ini kali pertama anda menambah foto pada iPod, iPhone atau iPad anda, ini mungkin memakan masa, tetap penyelarasan seterusnya akan menjadi lebih laju.

Video yang dirakam dengan iPod nano (generasi kelima), iPhone 3GS atau lebih baru atau iPod touch (generasi keempat atau lebih baru) turut diselaraskan ke iPhoto.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan iPod, iPhone atau iPad anda untuk melihat foto, lihat dokumentasi yang datang dengan peranti anda.