Selaraskan kenalan, kalendar dan info lain dengan iPod, iPhone atau iPad

Anda boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskan kenalan, kalendar, nota, penanda buku Safari dan maklumat akaun e-mel pada komputer anda dengan iPod, iPhone atau iPad anda. iTunes turut menyelaraskan maklumat ini dari peranti anda ke komputer anda—contohnya, jika anda menambah kenalan pada iPad anda, penyelarasan menambah kenalan tersebut pada Kenalan pada komputer anda (atau Buku Alamat dalam versi tertentu OS X).

Apabila anda menyelaraskan, iTunes menentukan sama ada peranti anda atau komputer anda mengandungi maklumat terkini dan membolehkan anda memilih maklumat yang anda mahu selaraskan.

Nota:  Arahan ini hanya berkenaan jika anda menggunakan OS X v.10.8.5 atau lebih baru. Jika anda menggunakan OS X Mavericks v.10.9 atau lebih baru, kenalan, kalendar anda dan maklumat lain dikemas kini pada komputer dan peranti iOS anda melalui iCloud. Untuk maklumat lanjut, lihat Bantuan iCloud di icloud.com.

Selaraskan kenalan, kalendar dan info lain dengan iPod touch, iPhone atau iPad

  1. Sambungkan iPhone, iPod touch atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik butang Info dan pilih item yang anda mahu selaraskan.

  3. Klik Guna.

Selaraskan kenalan dan info lain dengan iPod nano atau iPod classic

  1. Sambungkan iPod anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Pilih Selaraskan dan kemudian pilih pilihan.

Maklumat kenalan dan kalendar anda dikemas kini pada iPod anda pada setiap kali anda menyambungkannya ke komputer anda. Anda juga boleh mengemas kini maklumat anda pada bila-bila masa peranti anda disambungkan dengan memilih Fail > Selaraskan iPod dalam iTunes.

Jika anda mempunyai masalah penyelarasan, cuba selaraskan maklumat tertentu sahaja. Contohnya, nyahpilih kotak semak Selaraskan pada anak tetingkap Muzik, Foto, Podcast dan Video dan cuba selaraskan Info sahaja.

Anda juga boleh menyelaraskan maklumat secara wayarles dengan iPod touch, iPhone atau iPad anda menggunakan iCloud atau Microsoft Exchange. Sebarang item yang anda selaraskan dengan aplikasi ini juga boleh diselaraskan dengan iTunes. Lihat dokumentasi untuk iCloud dan Microsoft Exchange untuk mendapatkan butiran lanjut.

Untuk maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda atau tapak web Sokongan Apple.