Ciri kebolehcapaian untuk iPod, iPhone dan iPad

iPod, iPhone dan iPad mungkin termasuk ciri kebolehcapaian yang memudahkan anda menggunakan peranti anda jika anda mengalami ketidakupayaan visual, pendengaran atau fizikal yang lain.

Ciri kebolehcapaian berikut tersedia pada iPod touch (generasi ketiga atau lebih baru), iPhone 3GS (atau lebih baru) dan iPad:

  • VoiceOver

  • Zum

  • Songsang Warna

  • Audio Mono

  • Sebut Teks Auto

Ciri kebolehcapaian ini berfungsi dengan semua aplikasi yang diprapasang pada peranti, dan juga banyak aplikasi yang dimuat turun daripada App Store (VoiceOver berfungsi dengan banyak, tetapi bukan semua aplikasi pihak ketiga).

iPod nano (generasi keenam) turut termasuk VoiceOver, Putih atas Hitam dan Audio Mono. Selain itu, anda boleh mengaktifkan menu dituturkan untuk iPod nano (generasi keempat dan kelima).

Aktifkan ciri kebolehcapaian

  1. Sambungkan iPod touch, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik butang Ringkasan.

  3. Klik Konfigurasikan Akses Universal (di bawah Pilihan).

  4. Pilih ciri kebolehcapaian yang anda mahu gunakan dan klik OK.

  5. Klik Guna.

Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri kebolehcapaian menggunakan seting Kebolehcapaian pada peranti anda. Untuk maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda.

Aktifkan menu dituturkan untuk iPod nano (generasi keempat dan kelima).

Anda boleh menggunakan menu dituturkan dengan iPod nano (generasi keempat dan kelima) untuk mendengar maklumat mengenai lagu yang dipilih, seperti tajuk, artis dan album.

  1. Sambungkan iPod nano anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik butang Ringkasan.

  3. Pilih “Dayakan menu dituturkan untuk kebolehcapaian” atau “Dayakan Menu Dituturkan.”

    Jika anda telah mengaktifkan VoiceOver dalam keutamaan Universal Access OS X, pilihan ini dipilih secara lalai.

  4. Klik Guna.

Selepas iPod nano anda diselaraskan dengan iTunes, anda boleh menggunakan menu dituturkan anda pada iPod nano anda. Jika menu dituturkan diaktifkan, masa yang lebih lama mungkin diambil untuk menyelaraskan iPod nano anda.

Pasang Kit VoiceOver dan dayakan VoiceOver pada iPod anda

VoiceOver memudahkan anda menavigasi menerusi kandungan anda dengan mengumumkan nama senarai main, lagu, artis dan banyak lagi. Untuk mendengar pengumuman ini, anda perlu pasang Kit VoiceOver dan mendayakan VoiceOver dalam iTunes.

Nota:  Jika anda memiliki iPod nano (generasi keenam), ikuti arahan dalam "Aktifkan ciri kebolehcapaian," di atas untuk mengaktifkan VoiceOver dan ciri kebolehcapaian lain.

  1. Sambungkan iPod anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik butang Ringkasan.

  3. Pilih Dayakan VoiceOver dan klik Guna.

  4. Ikuti arahan atas skrin untuk memuat turun dan memasang Kit VoiceOver.

  5. Pilih seting VoiceOver.

  6. Klik Guna untuk menyelaraskan iPod anda dengan iTunes.

    Apabila penyelarasan selesai, VoiceOver diaktifkan. Untuk menukar seting anda kemudian, klik butang Ringkasan semasa iPod anda disambungkan.

Nyahaktifkan bantuan VoiceOver

  1. Sambungkan iPod anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik butang Ringkasan.

  3. Nyahpilih Dayakan VoiceOver.

  4. Klik Guna untuk menyelaraskan iPod anda dengan iTunes.

    Apabila penyelarasan selesai, VoiceOver dinyahaktifkan.