Gunakan iPod sebagai cakera keras luaran

Jika anda mempunyai ruang tersedia pada iPod anda, anda boleh menyimpan sebarang jenis fail (seperti dokumen teks atau gambar) padanya. Anda boleh, contohnya, menggunakan iPod anda untuk menyalin fail dari satu komputer kepada yang lain. Anda juga boleh melihat fail yang disimpan pada iPod pada desktop anda.

Maklumat ini tidak berkenaan dengan iPod touch, iPhone atau iPad.

Simpan atau lihat fail

  1. Sambungkan iPod anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  2. Klik Ringkasan (atau Seting), pilih “Dayakan penggunaan cakera,” dan klik Guna.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Salin fail ke peranti: Seret fail ke ikon peranti pada desktop.

    • Lihat fail yang disimpan pada peranti: Dwiklik ikonnya pada desktop. Anda tidak dapat melihat muzik, video atau permainan yang diselaraskan ke peranti anda menggunakan iTunes.

    • Salin fail dari iPod anda ke komputer anda: Dwiklik ikon iPod pada desktop dan seret fail ke tetingkap yang muncul.

Uruskan ruang pada iPod shuffle anda

Anda boleh memaksimumkan bilangan lagi yang boleh muat pada iPod shuffle anda dan menukar amaun ruang yang disimpan untuk fail muzik dan data.

  • Klik Seting dan lakukan salah satu atau kedua-dua yang berikut:

    • Maksimumkan bilangan lagu yang muat pada peranti: Pilih “Tukarkan lagu kadar bit tinggi kepada 128 Kbps AAC.”

    • Kawal jumlah ruang yang dirizabkan untuk muzik:Seret gelangsar ke kiri atau kanan. Ini tidak akan mempengaruhi fail yang telah disimpan pada peranti.

Untuk menyediakan lebih banyak ruang pada peranti, seret fail daripadanya ke Sampah dan kosongkan Sampah.

Untuk maklumat lanjut mengenai menyambungkan, menyelaraskan atau menguruskan fail pada iPod anda, lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti.