Laraskan kelantangan iPod shuffle

Anda boleh mengesetkan iPod shuffle untuk memainkan semua lagu pada paras kelantangan relatif yang sama.

Anda juga boleh menghalang kelantangan pada iPod shuffle anda daripada melebihi paras tertentu. Anda boleh menghalang seting ini daripada ditukar oleh sesiapa yang tidak mengetahui kata laluan.

Setkan iPod shuffle untuk memainkan semua lagu pada kelantangan yang sama

  1. Pilih iTunes > Keutamaan, klik Main Balik dan pastikan Periksa Bunyi dipilih.

    Nota:  Seting ini membuatkan semua muzik iTunes dimainkan pada paras kelantangan yang sama.

  2. Sambungkan iPod shuffle anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  3. Klik Ringkasan (untuk iPod shuffle generasi pertama atau kedua, langkau langkah ini).

  4. Pilih Dayakan Periksa Bunyi.

Setkan had kelantangan maksimum untuk iPod shuffle anda

  1. Setkan iPod shuffle anda kepada kelantangan maksimum yang diinginkan.

  2. Sambungkan iPod shuffle anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.

  3. Klik Ringkasan (untuk iPod shuffle generasi pertama atau kedua, langkau langkah ini).

  4. Pilih “Hadkan kelantangan maksimum.”

    Jika anda tidak melihat pilihan ini, iPod shuffle anda tidak mempunyai perisian yang diperlukan. Untuk mengemas kini perisian, klik butang Ringkasan (jika perlu) dan klik Kemas Kini.

  5. Seret gelangsar ke kelantangan maksimum yang diinginkan. 

    Seting gelangsar asal sepadan dengan kelantangan yang disetkan untuk iPod shuffle semasa anda memilih kotak semak “Hadkan kelantangan maksimum”.

  6. Untuk memerlukan kata laluan bagi menukar seting ini, klik kunci dan masukkan kata laluan.