Akses semua muzik anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan iTunes Match

iTunes Match ialah perkhidmatan yang menyimpan semua muzik anda secara selamat dalam iCloud—walaupun lagu yang diimport daripada CD atau tidak dibeli dalam iTunes Store—dan menyediakannya pada sehingga 10 peranti dan komputer anda. Dengan iTunes Match, anda mempunyai akses kepada pustaka muzik iTunes lengkap anda pada bila-bila masa.

Untuk menggunakan iTunes Match, anda perlu melangganinya menggunakan Apple ID anda dan mengaktifkannya pada semua komputer dan peranti yang anda mahu menggunakannya. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya sewaktu persediaan.

Jika anda melanggani iTunes Match, iTunes Radio menjadi bebas iklan.

Langgan iTunes Match

  1. Dalam iTunes, pilih Kedai > Aktifkan iTunes Match.

  2. Klik butang Langgan dan ikuti arahan atas skrin.

Lagu dalam pustaka iTunes anda yang tersedia dalam iTunes Store ditambah pada iCloud. Jika sebarang lagu dalam pustaka iTunes anda tidak tersedia dalam iTunes Store, iTunes memuat naiknya.

Jumlah masa yang diambil untuk ini bergantung pada bilangan lagu dalam pustaka iTunes anda dan bilangan lagu yang dimuat naik. Apabila persediaan selesai, lajur iCloud baru ikon Awan muncul dalam paparan Lagu.

Senarai lagu dengan anak panah menuding ke lajur dengan pengepala yang merupakan ikon awan

Aktifkan iTunes Match pada komputer lain

Penting:  Sebelum mengaktifkan iTunes Match pada komputer lain, pastikan anda telah mendaftar masuk ke iTunes Store daripada komputer tersebut menggunakan Apple ID yang sama yang anda gunakan untuk menyediakan iTunes Match pada komputer pertama.

  1. Dalam iTunes, pilih Kedai > Aktifkan iTunes Match.

  2. Klik Tambah Komputer ini.

Semua lagu anda dalam iCloud muncul dalam paparan Lagu, bersama-sama lajur iCloud baru ikon Awan.

Senarai lagu dengan anak panah menuding ke lajur dengan pengepala yang merupakan ikon awan

Aktifkan iTunes Match pada iPod touch, iPhone atau iPad anda

Penting:  Sebelum mengaktifkan iTunes Match pada peranti, pastikan anda telah mendaftar masuk ke iTunes Store daripada peranti menggunakan Apple ID yang sama yang anda gunakan untuk menyediakan iTunes Match pada komputer anda.

  1. Pada skrin Utama peranti anda, ketik Seting dan ketik Muzik.

  2. Ketik untuk Mengaktifkan iTunes Match.

AMARAN:  Selepas anda mengaktifkan iTunes Match pada peranti:

  • Semua muzik yang berada pada peranti pada masa ini dipadamkan dan digantikan dengan lagu daripada iCloud.

  • Anda tidak boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskan muzik ke peranti. Anda boleh menambah lagu pada peranti hanya dengan memuat turunnya daripada iCloud.

Untuk maklumat mengenai menambah lagu pada peranti anda daripada iCloud, lihat dokumentasi untuk peranti anda.

Mainkan atau muat turun lagu daripada iCloud

Anda boleh memainkan lagu terus daripada iCloud atau anda boleh memuat turun lagu agar anda boleh memainkannya apabila anda tidak disambungkan ke Internet.

Jika lagi tersedia dalam iCloud, ia mempunyai butang Muat Turun Awan dengan anak panah menuding ke bawah di sebelahnya.

  • Untuk memainkan lagu, dwiklik padanya.

  • Untuk memuat turun lagi, klik butang Muat Turun.

Selepas anda memuat turun lagu ke komputer, ia kekal dalam pustaka iTunes komputer, walaupun jika anda menyahaktifkan iTunes Match.

Untuk hanya memaparkan lagu yang dimuat turun dalam pustaka iTunes anda, pilih Paparan > Sembunyikan Muzik dalam Awan. Ini turut menyembunyikan seberang pembelian iTunes Store sebelumnya yang anda masih belum muat turun.

Untuk maklumat mengenai memuat turun dan memainkan lagu pada peranti iOS, lihat dokumentasi untuk peranti.

Kemas kini lagu anda dalam iCloud

iTunes menyemak secara berkala untuk memastikan lagu dalam iCloud dikemas kini. Anda juga boleh mengemas kini muzik anda dalam iCloud pada bila-bila masa.

  • Dalam iTunes, pilih Kedai > Kemas Kini iTunes Match.

Keluarkan lagu daripada iCloud

  1. Pilih Muzik daripada menu pop timbul Pustaka.

    Menu pop timbul Pustaka, dengan Muzik dipilih

  2. Klik Lagu.

    Klik butang Lagu berhampiran bahagian atas tetingkap iTunes

  3. Pilih lagu untuk dipadamkan dan tekan kekunci Padam.

  4. Jika lagu masih belum dimuat turun daripada iCloud ke komputer yang anda gunakan pada masa ini, klik Padam Lagu.

    Jika lagu telah dimuat turun, pilih “Turut padamkan lagu ini daripada iCloud” dan klik Padam Lagu.

Memadamkan lagu daripada iCloud turut mengeluarkan lagu daripada semua peranti iOS anda yang mempunyai iTunes Match diaktifkan. Jika lagu yang dipadamkan telah dimuat turun ke mana-mana komputer iTunes Match anda yang lain, ia akan kekal pada komputer tersebut sehingga anda memadamkannya secara manual daripadanya. Anda juga boleh memadamkan lagu yang dimuat turun daripada komputer tanpa memadamkannya daripada iCloud.

Dalam iCloud, anda boleh menyimpan:

  • Sehingga 25,000 lagu, tidak termasuk lagu (atau video muzik) yang dibeli daripada iTunes Store. Fail mestilah bersaiz maksimum 200 MB

  • Lagu dipadankan (lagu yang tersedia dalam iTunes Store, sama ada anda membelinya di situ atau tidak) pada kualiti iTunes Plus (ACC 256 kbps bebas DRM) dan lagu lain pada kualiti asalnya

  • Video muzik yang dibeli dalam iTunes Store

  • Senarai main yang termasuk lagu sahaja

  • Peraturan Senarai Main Pintar, yang digunakan pada komputer atau peranti yang ia dimuat turun

Nota:  iTunes Match tidak tersedia di semua negara.