Import muzik dan video yang sudah ada pada komputer anda

Jika anda mempunyai fail audio atau video pada komputer anda, anda boleh mengimportnya ke dalam iTunes agar ia muncul dalam pustaka iTunes anda.

Tambah item daripada komputer anda ke pustaka iTunes anda

Lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Seret fail atau folder daripada Finder ke tetingkap iTunes.

    Jika anda menambah folder, semua fail yang terkandung dalamnya ditambah pada pustaka anda.

  • Dalam iTunes, pilih Fail > Tambah ke Pustaka, cari fail atau folder dan klik Buka.

Secara lalai, iTunes meletakkan salinan fail audio dalam folder iTunes (Home/Music/iTunes) dan meninggalkan fail asal di lokasi semasa. Untuk maklumat mengenai menambah alias pada fail (daripada mencipta salinan), lihat Tukar tempat fail iTunes anda disimpan.