Sesuaikan tetingkap iTunes

Anda boleh menyesuaikan cara anda melihat dan memainkan kandungan iTunes anda.

Gunakan Pemain Mini iTunes

Dengan Pemain Mini, anda boleh memainkan muzik menggunakan tetingkap yang menggunakan sangat kurang ruang pada skrin anda.

Semasa menggunakan Pemain Mini, anda boleh melaraskan kelantangan, mencari pustaka ada, memilih lagu yang dimainkan seterusnya dan banyak lagi.

Gerakkan penuding ke atas Pemain Mini iTunes untuk melihat kawalan: Tutup Pemain Mini, Kembali ke tetingkap utama iTunes, Lihat dan edit senarai Seterusnya, Cari dalam pustaka muzik anda

Anda boleh mengembangkan Pemain Mini pada jubin karya seni album. Apabila anda menggerakkan penuding ke atas karya seni, kawalan dan maklumat lagu muncul.

Tangkapan skrin Pemain Mini yang dikembangkan

  • Buka Pemain Mini: Klik Segi empat tepat kecil berwarna putih dalam segi empat sama besar kelabu di bahagian kanan atas tetingkap iTunes atau pilih Tetingkap > Bertukar kepada Pemain Mini.

  • Lihat dan edit senarai lagu akan datang: Klik butang Seterusnya.

  • Letakkan Pemain Mini di latar depan pada desktop anda: Pilih iTunes > Keutamaan, klik Lanjutan dan pilih “Letakkan Pemain Mini di atas semua tetingkap lain.”

  • Kembangkan karya seni album: Klik imej kecil karya seni. Untuk menguncupkan Pemain Mini, klik imej kecil sekali lagi.

Gunakan Bar Sisi untuk mengakses kandungan, peranti dan iTunes Store anda

Anda mungkin mahu menunjukkan Bar Sisi jika, contohnya, anda menggunakan pembaca skrin.

Bar Sisi iTunes: Lihat pustaka anda, masuk ke iTunes Store, lihat peranti bersambung, lihat pustaka dikongsi, mainkan senarai main Genius anda dan Campuran Genius, lihat senarai main anda dan Senarai Main Pintar

  • Pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.

    Bar Sisi menggantikan menu Pustaka, butang Peranti dan butang iTunes Store. Untuk kembali ke paparan lalai, pilih Paparan > Sembunyikan Bar Sisi.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembaca skrin dan ciri kebolehcapaian lain, lihat Penyelesaian kebolehcapaian untuk iTunes.

Lihat semua jenis media dalam senarai

Anda boleh melihat semua jenis media dalam senarai. (Semasa melihat muzik, anda sudah boleh melihat lagu menggunakan paparan senarai.)

  1. Pilih iTunes > Keutamaan dan klik Umum.

  2. Pilih "Tunjukkan paparan senarai untuk semua media.:

Lihat tetingkap iTunes dalam paparan skrin penuh

  • Untuk masuk ke paparan skrin penuh, klik anak panah di penjuru kanan atas tetingkap iTunes.

  • Untuk keluar daripada paparan skrin penuh, gerakkan penuding ke bahagian atas skrin dan klik anak panah di penjuru kanan atas.