Masukkan dan lihat lirik

Anda boleh memasukkan lirik lagu ke dalam iTunes dan lihatnya pada bila-bila masa.

Masukkan dan lihat lirik lagu

  1. Pilih lagu dan pilih Fail > Dapatkan Info.

  2. Klik Lirik. Masukkan lirik lagu atau lihat lirik yang anda masukkan sebelumnya.

Dengan sesetengah peranti iOS dan model iPod, anda boleh melihat lirik lagu pada peranti jika anda telah memasukkannya ke dalam iTunes. Lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anda tidak dapat menambah lirik pada sesetengah jenis fail, seperti fail WAV dan QuickTime.