Nilai lagu dan item lain

Anda boleh memberi rating pada lagu, album, video, podcast atau item lain untuk menunjukkan sejauh manakah anda menyukainya. Anda boleh menggunakan rating untuk membantu mencipta senarai main secara automatik atau mengisih dan melayari pustaka anda.

Untuk memaparkan lajur rating untuk lagu dan album, pilih Paparan > Lihat Pilihan dan pilih Rating atau Rating Album.

Beri rating

  • Pilih item yang anda mahu nilaikan dan klik atau seret ke dalam lajur rating untuk menambah atau mengeluarkan bintang.

    Lajur rating dengan bintang

Apabila anda menilai album, semua lagunya diberi rating yang sama. Anda boleh menukar rating untuk setiap lagu individu. Jika anda menilai lagu tetapi bukan album, iTunes memaparkan purata lagu yang dinilai sebagai rating album. Bintang yang diberi iTunes adalah kosong; bintang yang anda beri adalah padu.

Anda juga boleh menambah rating dengan Control-klik item dan memilih Rating.