Mainkan item dalam pustaka iTunes anda menggunakan Apple TV (generasi kedua atau lebih baru)

Dengan Apple TV (generasi kedua atau lebih baru), anda boleh menstrim kandungan ke sistem teater rumah anda daripada pustaka iTunes anda dan pustaka iTunes pada semua komputer dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda. Anda juga boleh menstrim foto digital yang disimpan pada komputer anda.

Untuk menstrim kandungan ke Apple TV (generasi kedua atau lebih baru), anda mesti menyediakan Perkongsian Rumah dalam iTunes dan pada Apple TV. Anda boleh menyediakan sehingga lima komputer dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda.

Untuk Apple TV (generasi pertama), lihat Mainkan item dalam pustaka iTunes anda menggunakan Apple TV (generasi pertama).

Sediakan Perkongsian Rumah pada komputer anda

  1. Dalam iTunes, pilih Fail > Perkongsian Rumah > Aktifkan Perkongsian Rumah.

  2. Taipkan Apple ID dan kata laluan anda dan klik Aktifkan Perkongsian Rumah.

    Ulangi langkah-langkah ini untuk setiap komputer yang anda mahu gunakan untuk menstrim kandungan ke Apple TV (generasi kedua), menggunakan Apple ID dan kata laluan yang sama.

Sediakan Perkongsian Rumah pada Apple TV

  1. Pada Apple TV, pilih Seting > Komputer.

  2. Pilih Aktifkan Perkongsian Rumah dan kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan yang sama yang anda masukkan pada komputer anda.

Strim foto daripada komputer anda ke Apple TV

Setelah Perkongsian Rumah disediakan pada komputer anda dan pada Apple TV, anda boleh menggunakan iTunes untuk menstrim foto ke sistem teater rumah anda.

  1. Dalam iTunes, pilih Fail > Perkongsian Rumah > Pilih Foto untuk Dikongsi dengan Apple TV.

  2. Dalam tetingkap yang muncul, pilih Kongsi Foto Daripada dan pilih sumber daripada menu pop timbul.

  3. Pilih “Semua foto, album, peristiwa dan muka” atau “Album, peristiwa dan muka terpilih.”

    Jika anda memilih “Album, peristiwa dan muka terpilih,” pilih album, peristiwa dan muka yang anda mahu strim.

  4. Klik Guna.

Untuk memainkan item dalam pustaka iTunes anda pada sistem teater rumah anda menggunakan Apple TV (generasi kedua atau lebih baru), komputer anda mesti hidup dan iTunes mesti terbuka. Untuk maklumat lanjut, rujuk Panduan Persediaan Apple TV.

Lihat juga

Sokongan Apple TV