Mainkan item dalam pustaka iTunes anda menggunakan Apple TV (generasi pertama)
Anda boleh menyediakan iTunes untuk menyelaraskan Apple TV (generasi pertama) anda secara automatik dengan pustaka iTunes anda. Dengan cara ini, anda boleh memainkan pustaka iTunes anda pada TV anda tanpa perlu menghidupkan komputer dan membuka iTunes.
Anda juga boleh menggunakan Apple TV (generasi pertama) anda untuk menstrim item (lagu, filem, rancangan TV dan banyak lagi) daripada pustaka iTunes ke TV anda. Anda boleh menstrim daripada sehingga lima pustaka iTunes, termasuk pustaka yang diselaraskan dengan Apple TV.
Jika Apple TV (generasi pertama) anda diselaraskan dengan pustaka iTunes, ia telah disediakan untuk penstriman. (Apabila Apple TV diselaraskan, ia muncul dalam menu pop timbul Peranti berhampiran bahagian atas tetingkap iTunes.)
Untuk Apple TV (generasi kedua), lihat Mainkan item dalam pustaka iTunes anda menggunakan Apple TV (generasi kedua atau lebih baru).
Selaraskan Apple TV anda dengan iTunes
Pastikan komputer yang anda mahu selaraskan dihidupkan dan iTunes terbuka.
Pada Apple TV anda, pilih Seting > Komputer > Tambah Pustaka iTunes Dikongsi dan catatkan kod laluan yang dipaparkan.
Klik butang Peranti di bahagian atas tetingkap iTunes untuk mengakses Apple TV anda dan masukkan kod laluan.
Klik butang kategori (Filem, Rancangan TV dan seterusnya) dan tentukan keutamaan penyelarasan anda.
-
Untuk memindahkan filem yang dipindahkan daripada komputer anda ke Apple TV anda, klik butang filem yang anda mahu pindahkan dan klik Pindah.
Penting: Anda mesti bersambung ke Internet untuk memindahkan filem disewa.
Untuk menyelaraskan foto, klik butang Foto.
Nota: Jika anda memainkan kandungan pada Apple TV semasa penyelarasan sedang berlaku, penyelarasan menjeda sehingga main balik terhenti.
Jika Apple TV anda tidak muncul dalam tetingkap iTunes
Apabila anda menyediakan penyelarasan pada Apple TV (generasi pertama), Apple TV anda muncul dalam butang Peranti (atau menu pop timbul Peranti, jika peranti lain disambungkan) berhampiran bahagian atas tetingkap iTunes pada komputer yang anda selaraskan. Jika Apple TV anda tidak muncul dalam iTunes:
Pastikan Apple TV anda diaktifkan dan disambungkan ke rangkaian anda. Untuk menyemak seting rangkaian pada Apple TV anda, pilih Seting > Umum > Rangkaian.
Pada Apple TV anda, pilih Seting > Komputer > Tambah Pustaka iTunes Dikongsi dan ikuti arahan atas skrin.
Semak sama ada firewall OS X diaktifkan (dalam anak tetingkap Keselamatan & Privasi pada Keutamaan Sistem atau anak tetingkap Keselamatan pada Keutamaan Sistem). Jika ada, pastikan Perkongsian Fail diaktifkan untuk iTunes dalam Pilihan Firewall.
Nyahaktifkan penyelarasan
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada Apple TV anda (generasi pertama), pilih Seting > Komputer > Pilih Pustaka iTunes, pilih pustaka iTunes dan pilih Putuskan Sambungan.
Klik butang Peranti di bahagian atas tetingkap iTunes untuk mengakses Apple TV anda, klik di penjuru kiri bawah dan pilih Nyahaktifkan Penyelarasan daripada menu yang muncul.
Nota: Menyahaktifkan penyelarasan mengeluarkan semua item yang diselaraskan daripada Apple TV anda.
Keluarkan Apple TV daripada pustaka iTunes anda
Pilih iTunes > Keutamaan dan klik Apple TV.
Pilih Apple TV dan klik Keluarkan Apple TV.
Sediakan Apple TV anda untuk penstriman
Pastikan komputer yang anda mahu strimkan dihidupkan dan iTunes terbuka.
Pada Apple TV (generasi pertama) anda, pilih Seting > Komputer > Tambah Pustaka iTunes Dikongsi dan catatkan kod laluan yang dipaparkan.
Klik butang Peranti di bahagian atas tetingkap iTunes untuk mengakses Apple TV anda dan masukkan kod laluan.
Nota: Semasa kandungan sedang distrimkan, komputer mesti kekal hidup (bukan dalam mod tidur) dan iTunes mesti kekal terbuka.
Strim foto ke TV anda
Sediakan Apple TV (generasi pertama) untuk menstrim kandungan daripada pustaka iTunes pada komputer dengan foto yang anda mahu strimkan.
-
Klik butang Peranti di bahagian atas tetingkap iTunes untuk mengakses Apple TV anda dan klik butang Foto.
Jika anda tidak melihat Apple TV anda atau butang Foto dalam iTunes, pastikan anda menggunakan perisian Apple TV versi 1.1 atau lebih baru. Untuk menyemak versi perisian, pilih Seting > Umum > Perihal Apple TV anda. Untuk mengemas kini perisian Apple TV anda, pilih Seting > Umum > Kemas Kini Perisian.
Pilih foto yang anda mahu strim dan klik Guna.
Nota: Semasa kandungan sedang distrimkan, komputer mesti kekal hidup (bukan dalam mod tidur) dan iTunes mesti kekal terbuka.
Nyahdayakan penstriman
Anda boleh menyediakan Apple TV (generasi pertama) anda untuk menyahdayakan penstriman dan memainkan kandungan yang diselaraskan sahaja.
Klik butang Peranti di bahagian atas tetingkap iTunes untuk mengakses Apple TV.
Pilih "Tunjukkan item diselaraskan sahaja pada Apple TV saya."
Semasa penyelarasan, item ditambah pada Apple TV (generasi pertama) anda mengikut ketersediaan ruang, dalam tertib ini: filem, rancangan TV, muzik, podcast. Jika anda turut mahu menyelaraskan foto, ia ditambah terakhir, melainkan anda memilih “Selaraskan foto sebelum media lain” dalam anak tetingkap Foto.
Penyelarasan bermula secara automatik pada bila-bila masa anda mengklik Guna atau Selaraskan, atau pilih Fail > Selaraskan.
Untuk maklumat lanjut, lihat Panduan Persediaan Apple TV atau tapak web Sokongan Apple TV.