Gambaran keseluruhan pembakaran cakera
Anda boleh menggunakan iTunes untuk mencipta CD dan DVD anda sendiri dengan audio dan video daripada pustaka iTunes anda.
Penting: Anda tidak boleh membakar filem dan rancangan TV yang dibeli daripada iTunes Store ke DVD atau VCD yang dimainkan dalam pemain DVD atau ke CD Video.
Apakah yang anda perlu untuk membakar cakera?
Komputer dengan pemacu cakera dalaman yang boleh membakar cakera. Untuk mencipta CD audio, MP3, atau data menggunakan iTunes, Mac anda mesti mempunyai pemacu Apple Combo atau SuperDrive. Untuk mencipta DVD data, Mac anda mesti mempunyai Apple SuperDrive. Sesetengah pemacu luaran juga mungkin berfungsi.
Senarai main iTunes yang mengandungi muzik dan video yang anda mahukan pada cakera. Jika senarai main anda mengandungi pembelian iTunes Store, anda boleh membakarnya pada cakera seberapa kali anda mahukan asalkan semua item ialah lagu iTunes Plus. Jika sesetengah item bukan lagu iTunes Plus, anda boleh membakar senarai main sehingga tujuh kali.
Cakera kosong. Beberapa pemain CD lama tidak akan memainkan cakera CD-RW (tetapi akan memainkan cakera CD-R). Anda boleh menggunakan DVD dengan komputer anda, tetapi kebanyakan pemain DVD tidak dapat membaca cakera DVD data. (“RW” bermakna “read-write” (baca-tulis) dan bermakna cakera boleh dipadamkan dan digunakan semula.)
Berapa banyak fail yang boleh anda bakar pada cakera?
Bilangan lagu yang boleh disimpan oleh cakera bergantung pada format fail lagu dan kapasiti cakera. Anda boleh memuatkan lebih kurang 74 minit muzik pada CD audio 650 MB atau lebih kurang 150 fail MP3 pada saiz cakera yang sama. Sesetengah CD boleh mengandungi sehingga 700 MB muzik. DVD boleh menyimpan 4.7 gigabit (GB), hampir lima kali jumlah lagu pada CD.
Apakah jenis cakera yang patut anda gunakan?
Untuk membuat CD audio yang dapat berfungsi dalam kebanyakan sistem stereo, gunakan cakera CD-R. Cakera CD-RW biasanya hanya berfungsi dalam komputer.
Untuk membolehkan fail CD atau MP3 dimainkan pada komputer anda atau pemain CD MP3, gunakan cakera CD-R; sesetengah pemain MP3 boleh memainkan cakera CD-RW juga.
Jika komputer anda mempunyai pembakar DVD (atau SuperDrive), anda boleh membakar senarai main pada cakera DVD-R atau DVD-RW. DVD yang anda cipta menggunakan iTunes hanya berfungsi dalam komputer anda (bukan pemain DVD).
Untuk maklumat lanjut mengenai pemacu yang berfungsi dengan iTunes, lawati tapak web Sokongan iTunes.