Gambaran keseluruhan senarai main
Senarai main ialah kompilasi tersuai lagu dan video. Anda boleh mencipta senarai main untuk:
Sesuai dengan perasaan atau keraian. Contohnya, anda boleh mencipta senarai main untuk parti makan malam, perkahwinan atau senaman pagi anda.
Pilih lagu tertentu untuk dikongsi dengan orang lain pada rangkaian tempatan anda atau untuk menyelaraskan dengan peranti iOS anda.
Bakar CD lagu.
Uruskan pustaka iTunes anda.
Terdapat empat jenis senarai main; anda mencipta jenis pertama dengan sendiri dan iTunes mencipta yang tiga lagi.
Senarai main standard: Anda mencipta senarai main ini dengan menyeret item kepadanya.
Senarai Main Pintar: Tentukan peraturan untuk diikuti oleh iTunes dan ia mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik apabila pustaka anda berubah.
Senarai main Genius: Pilih lagu dalam pustaka anda dan iTunes mencipta senarai main Genius dengan muzik yang serupa dalam pustaka anda.
Campuran Genius: iTunes mencipta senarai main berterusan dalam genre tertentu—seperti stesen radio bebas iklan—menggunakan lagu dalam pustaka anda.
Dengan iPhone, iPad dan sesetengah model iPod, anda juga boleh mencipta senarai main pada peranti apabila ia tidak disambungkan ke komputer anda. Untuk maklumat mengenai senarai isyarat dalam perjalanan, lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda.