Gunakan Genius Shuffle, senarai main Genius dan Campuran Genius
Anda boleh menggunakan Genius untuk membolehkan iTunes memainkan lagu daripada pustaka anda yang sesuai dimainkan bersama. Terdapat tiga cara anda boleh menggunakan Genius:
Genius Shuffle: Jika anda tidak dapat memutuskan lagu untuk didengari, hanya klik butang. iTunes memilih lagu dan memainkan lagu yang sesuai dimainkan bersamanya.
Senarai main Genius: Pilih lagu dan iTunes akan mencipta senarai maun lagu yang sesuai dimainkan bersama.
Campuran Genius: Pilih genre dan iTunes akan memainkan pilihan lagu yang dimainkan secara berterusan, seperti stesen radio bebas iklan.
Genius ialah perkhidmatan percuma. Untuk menggunakan Genius, anda mesti mengaktifkan Genius, disambungkan ke Internet dan memiliki Apple ID.
Aktifkan atau nyahaktifkan Genius
Aktifkan Genius: Pilih Kedai > Aktifkan Genius.
-
Nyahaktifkan Genius: Pilih Kedai > Nyahaktifkan Genius.
Menyahaktifkan Genius akan menyahaktifkan senarai main Genius, Genius Shuffle dan campuran Genius.
Cipta senarai main Genius
-
Gerakkan penuding ke atas lagu, klik dan pilih Cipta Senarai Main Genius.
Untuk menukar bilangan maksimum lagu dalam senarai main Genius: Klik bersebelahan jumlah lagu dan pilih nombor daripada menu pop timbul.
Untuk mendapatkan lagu baru berdasarkan lagu yang sama: Klik Segar Semula .
Senarai main Genius mempunyai ikon ini bersebelahannya.
Gunakan Genius Shuffle
Tekan dan tahan kekunci Option dan klik berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes. Anda juga boleh memilih Kawalan > Genius Shuffle.
Untuk menukar pilihan lagu, ulangi langkah-langkah di atas.
Mainkan Campuran Genius
Pilih Muzik daripada menu pop timbul Pustaka dan klik Senarai Main.
Klik Campuran Genius.
-
Untuk mula memainkan Campuran Genius, gerakkan penuding ke atas campuran yang anda mahu mainkan dan klik .
Pastikan maklumat Genius anda dikemas kini
Hasil Genius anda dikemas kini sekali seminggu secara automatik apabila iTunes dibuka. Anda boleh mengemaskininya secara manual—contohnya, apabila anda menambah baru ke pustaka anda daripada CD atau tapak web.
Pilih Kedai > Kemas Kini Genius.
Untuk mencipta senarai main Genius , Genius Shuffle dan Campuran Genius, iTunes menggunakan maklumat tanpa nama mengenai pustaka anda dan pustaka iTunes lain. iTunes Store mengemas kini data Genius dengan kerap berdasarkan maklumat baru daripada iTunes Store dan pustaka pelanggan.