Cara untuk memainkan lagu
Anda boleh memainkan muzik dalam iTunes melalui pelbagai cara.
Kocok atau ulang lagu
Lakukan mana-mana daripada berikut:
-
Aktifkan atau nyahaktifkan kocok: Klik butang Kocok .
Kocok aktif apabila anak panah berwarna biru .
Kocok album atau perkumpulan: Pilih Kawalan > Aktifkan Kocok > “mengikut Album” (atau “mengikut Perkumpulan”). iTunes memainkan lagu dalam tertib yang ia muncul pada album atau dalam perkumpulan dan kemudian memilih album atau perkumpulan lain secara rawak.
-
Ulang lagu, album atau senarai main: Klik butang Ulang untuk memainkan lagu atau senarai main berulang kali, sehingga anda menyahaktifkan Ulang.
Lihat senarai lagu akan datang dengan Seterusnya
Semasa mendengar muzik, anda boleh menggunakan Seterusnya untuk melihat dan menukar lagu yang dimainkan seterusnya. Sebagai contoh, jika anda mendengar kepada senarai main, anda boleh menggunakan Seterusnya untuk bertukar kepada album selepas lagu yang sedang dimainkan. Apabila album habis, iTunes meneruskan untuk memainkan senarai main.
Lihat senarai Seterusnya: Klik butang Seterusnya .
Mainkan lagu dalam senarai: Dwiklik lagu.
Tambah atau alihkan lagu ke bahagian teratas senarai: Gerakkan penuding ke atas lagu, klik dan pilih Mainkan Seterusnya.
Tambah lagu atau album pada senarai: Seret item ke bahagian atas tengah tetingkap iTunes.
Tukar tertib lagu dalam senarai: Seret lagu ke susunan yang anda inginkan.
Keluarkan lagu daripada senarai: Gerakkan penuding ke atas lagu dan klik butang Padam .
Keluarkan semua lagu daripada senarai: Klik butang Kosongkan di bahagian kanan atas senarai sekali atau beberapa kali.
Lihat lagu yang dimainkan sebelum ini: Klik butang Sejarah di bahagian kanan atas senarai. Untuk kembali ke senarai Seterusnya, klik butang Sejarah sekali lagi.
Jika anda keluar daripada iTunes, senarai Seterusnya disimpan secara automatik untuk kali seterusnya anda membuka iTunes.
Mainkan lagu dalam tertib tertentu
Pilih Muzik daripada menu pop timbul Pustaka dan klik Lagu.
-
Untuk memainkan lagu dalam urutan abjad mengikut tajuk lagu, artis atau album (atau untuk mengisih mengikut sebarang kategori lain), klik tajuk lajur.
Untuk memilih lebih banyak kategori, pilih Paparan > Pilihan Paparan.
Pendam antara lagu
Anda boleh mengeset iTunes untuk memendamkan masuk setiap lagu (meningkatkan kelantangan) semasa lagu sebelumnya memendam keluar, agar tiada jurang kesenyapan antara lagu. Ciri ini dipanggil pendam silang.
Pilih iTunes > Keutamaan dan klik Main Balik.
Pilih Pendam Silang Lagu.
Untuk menukar amaun masa yang diambil untuk lagu semasa pudar keluar pada penghujung dan lagu baru untuk pudar masuk, seret gelangsar Kedua.
Apabila iTunes memainkan trek berturutan daripada album yang sama, pendam silang dinyahaktifkan secara automatik, tanpa memendam antara lagu (atau trek).
Untuk memainkan lagu tanda memendam, nyahpilih Pendam Silang Lagu.
Halang lagu daripada dimainkan
Pilih Muzik daripada menu pop timbul Pustaka dan klik Lagu.
-
Nyahpilih kotak semak di sebelah kiri lagu.
Penting: Menyahpilih kotak semak lagu mengeluarkan tanda rait daripada lagu dalam semua senarai main.
Mainkan CD secara automatik apabila anda memasukkannya
Pilih iTunes > Keutamaan.
Dalam anak tetingkap Umum, pilih Mula Mainkan daripada menu pop timbul “Apabila anda memasukkan CD”.
Untuk menghalang lagu daripada dimainkan, nyahpilih kotak semak di sebelah kiri tajuk lagu.
Untuk mengesetkan iTunes agar membuka CD tanpa memainkannya, pilih iTunes > Keutamaan, klik Umum dan pilih Tunjukkan CD daripada menu pop timbul “Apabila anda memasukkan CD”.