Laraskan kelantangan
Laraskan kelantangan muzik dan video
-
Tukar kelantangan untuk semua lagu (seperti memusing tombol kelantangan pada stereo): Gunakan gelangsar kelantangan di bahagian atas tetingkap iTunes.
Kelantangan maksimum dihadkan oleh seting kelantangan komputer anda.
Laraskan kelantangan bagi lagu atau video tertentu: Pilihnya, pilih Fail > Dapatkan Info, klik Pilihan dan seret gelangsar kelantangan. iTunes menggunakan seting ini setiap kali lagu atau video dimainkan.
Pastikan semua lagu dan video sentiasa dimainkan pada paras kelantangan yang sama: Pilih iTunes > Keutamaan, klik Main Balik dan pilih Periksa Bunyi.
Jika anda menggunakan speaker jauh yang disambungkan ke AirPort Express: Anda boleh menggunakan kawalan kelantangan pada speaker dan juga kawalan kelantangan iTunes. Untuk menggunakan kawalan speaker sahaja, pilih iTunes > Keutamaan, klik Peranti dan pilih “Benarkan kawalan audio iTunes daripada speaker jauh.”