Laraskan kualiti bunyi
Dengan penyama iTunes, anda boleh menala halus frekuensi tertentu pada spektrum bunyi. Anda boleh menyesuaikan bunyi untuk genre berlainan, bilik dalam rumah anda atau speaker tertentu. Anda boleh memilih daripada lebih 20 praset bagi seting penyama yang paling biasa digunakan atau laraskan seting secara manual dan simpan seting tersuai anda sebagai praset yang boleh anda gunakan sekali lagi.
Anda juga boleh menambah kedalaman dan menghidupkan kualiti muzik anda dengan melaraskan Peningkat Bunyi.
Gunakan penyama iTunes
Pilih Tetingkap > Penyama.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih pilihan praset daripada menu pop timbul.
-
Seret gelangsar frekuensi ke atas atau bawah untuk meningkatkan atau mengurangkan kelantangan frekuensi (dalam desibel).
Nilai mendatar sepanjang bahagian bawah penyama iTunes mewakili spektrum pendengaran manusia dalam hertz (Hz). Frekuensi rendah (bermula dengan 32 Hz) ialah frekuensi bes dan frekuensi tinggi ialah trebel.
Nilai menegak setiap bar mewakili desibel (dB), unit yang mengukur kelantangan atau keamatan bagi setiap Hz frekuensi. Dengan menggerakkan gelangsar (juga dipanggil pemudar) ke atas atau bawah, anda meningkatkan atau mengurangkan bunyi yang anda dengar dalam julat frekuensi tersebut.
Praamp ialah pelarasan kelantangan kedua yang digunakan pada semua frekuensi secara sama rata. Anda juga boleh meningkatkan atau mengurangkan kelantangan praamp apabila mendengar muzik yang dirakam dengan senyap atau kuat.
Seting penyama digunakan pada lagu yang dimainkan semasa.
Cipta praset penyama anda sendiri
Pilih Tetingkap > Penyama.
Seret gelangsar untuk melaraskan seting frekuensi mengikut keinginan anda.
Pilih Buat Praset daripada menu pop timbul dan namakan preset anda.
Untuk menamakan semula atau memadamkan praset, pilih Edit Senarai daripada menu pop timbul.
Pilih praset penyama untuk lagu khusus
Pilih lagu dalam tetingkap iTunes.
Pilih Fail > Dapatkan Info dan klik pilihan.
-
Pilih seting daripada menu pop timbul Praset Penyama.
Untuk memilih praset untuk lagu seterusnya, gunakan butang Seterusnya dan Sebelumnya.
Klik OK.
Praset penyama yang anda pilih digunakan pada lagu pada bila-bila masa anda memainkannya.
Laraskan Peningkat Bunyi
Peningkat Bunyi meningkatkan “keluasan” anggapan kesan stereo dengan mengubahsuai respons bes dan trebel.
Pilih iTunes > Keutamaan dan klik Main Balik.
Pastikan Peningkat Bunyi dipilih.
Untuk meningkatkan atau mengurangkan kesan Peningkat Bunyi, seret gelangsar.