Pilih speaker untuk digunakan
Selain daripada speaker terbina dalam komputer anda, anda boleh mendengar kepada audio iTunes melalui mana-mana daripada berikut:
Speaker disambungkan ke komputer anda dan sumber kuasa
Speaker jauh disambungkan ke rangkaian AirPort Express
Peranti yang didayakan AirPlay
Untuk maklumat mengenai penyambungan speaker ke komputer atau rangkaian anda, lihat dokumentasi untuk speaker.
Pilih speaker untuk digunakan
Gunakan speaker luaran: Sambungkan speaker ke komputer anda. iTunes bermain menerusinya dan menyenyapkan speaker terbina dalam komputer.
Gunakan speaker yang disambungkan ke rangkaian AirPort Express, Apple TV atau peranti didayakan AirPlay yang lain: Klik butang AirPlay di bahagian atas tetingkap iTunes dan pilih speaker daripada menu pop timbul yang muncul.
-
Gunakan lebih daripada satu set speaker: Klik Berbilang dalam menu AirPlay dan klik bersebelahan speaker yang anda mahu gunakan. Tanda rait muncul bersebelahan sebarang speaker yang anda gunakan.
Untuk mengesetkan kelantangan maksimum untuk set speaker, gunakan gelangsar kelantangan bersebelahan speaker. Untuk mengesetkan kelantangan maksimum untuk semua speaker, gunakan gelangsar Kelantangan Induk.
Jika anda tidak dapat memilih speaker jauh anda
Pastikan bahawa:
AirPort Express anda disambungkan dengan sempurna ke saluran kuasa yang berfungsi dan speaker jauh anda disambungkan dengan sempurna ke AirPort Express anda (jika anda menggunakan AirPlay melalui AirPort Express).
Komputer anda berada dalam liputan rangkaian wayarles anda (jika anda menggunakannya) dan AirPort Express, Apple TV anda dan peranti didayakan AirPlay yang lain disambungkan ke rangkaian dan aktif. Buka menu status Wi-Fi dan pastikan rangkaian anda dipilih (ia mempunyai tanda rait bersebelahannya).
Apple TV disambungkan dengan betul dan dipasangkan dengan pustaka iTunes yang anda gunakan (jika anda menggunakan Apple TV).
Jika anda masih tidak dapat memilih speaker jauh anda atau memerlukan maklumat mengenai menyediakan AirPort Express, Apple TV anda atau peranti didayakan AirPlay, lihat dokumentasi yang disertakan dengannya atau lawati tapak web Sokongan AirPort atau AirPort Express.
Jika butang AirPlay bertukar menjadi warna ambar , terdapat masa dengan peranti AirPlay, yang ditunjukkan oleh ikon status bersebelahan peranti dalam menu AirPlay. Untuk maklumat lanjut mengenai ikon status, lihat Simbol yang digunakan dalam iTunes.