Aktifkan kesan visual
Gunakan pentampak iTunes untuk melihat persembahan lampu berwarna-warni. Anda boleh menggunakan pentampak dengan atau tanpa muzik; kesan berubah berdasarkan muzik yang dimainkan.
Jika anda menggunakan pentampak dengan senarai main yang termasuk video muzik, pentampak menunjukkan video secara lalai. Anda boleh menukar seting ini.
Aktifkan kesan visual
Pilih Paparan > Tunjukkan Pentampak.
Untuk menukar pilihan, pilih Paparan > Pentampak > Pilihan.
Setkan pentampak untuk memaparkan atau menyembunyikan video muzik
Pilih Paparan > Pentampak > Mainkan Video. Tanda rait bermakna video akan ditayangkan.
Untuk menunjukkan atau menyembunyikan senarai perintah yang boleh anda gunakan bagi mengawal pentampak, teka kekunci ? pada papan kekunci anda semasa pentampak aktif.
Untuk menyahaktifkan kesan visual, pilih Paparan > Sembunyikan Pentampak atau tekan kekunci Esc.