Uruskan akaun iTunes Store anda
Untuk membeli item dalam iTunes Store, anda memerlukan salah satu daripada berikut:
Apple ID. Jika anda membeli item daripada Apple Online Store, membeli buku iPhoto atau mempunyai akaun iCloud, maka anda memiliki Apple ID. Jika anda tidak memilikinya, anda boleh menyediakannya dengan iTunes.
Akaun AOL.
Dengan mana-mana jenis akaun, anda boleh menentukan cara anda mahu membayar untuk pembelian iTunes Store.
Nota: Akaun AOL tidak dapat digunakan di sesetengah negara. Semak dengan iTunes Store negara anda bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sediakan Apple ID baru
Pilih Store > Cipta Apple ID dan ikuti arahan atas skrin.
Jika anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh menggunakannya sebagai kaedah pembayaran anda apabila anda memasukkan maklumat kad kredit anda.
Nota: PayPal tidak diterima untuk pembayaran di sesetengah negara.
Daftar masuk atau keluar daripada iTunes Store
Selepas anda menyediakan akaun Apple ID (atau jika anda menggunakan akaun AOL sedia ada), anda boleh mendaftar masuk ke iTunes Store untuk membeli muzik dan video, melihat atau menukar maklumat akaun anda dan melihat sejarah pembelian anda.
Apabila anda selesai menggunakan kedai, anda boleh mendaftar keluar untuk mengelakkan orang lain yang mempunyai akses ke komputer anda membuat pembelian menggunakan akaun anda.
Pilih Store > Daftar Masuk (atau Daftar Keluar).
Anda juga boleh mendaftar masuk ke akaun anda dengan mengklik Daftar Masuk di bahagian atas tetingkap iTunes Store:
Tukar maklumat akaun anda
Anda boleh menukar nama, kata laluan atau maklumat pengebilan Apple ID anda pada bila-bila masa.
Pilih Kedai > Lihat Apple ID Saya dan daftar masuk.
Klik Edit.
Buat perubahan anda dan klik Selesai.
Perubahan anda berkuat kuasa serta merta.
Jika anda turut menggunakan Apple ID anda dalam aplikasi lain, anda tidak perlu mengemas kini maklumat anda dalam aplikasi tersebut. Perubahan yang anda buat dalam iTunes digunakan pada semua aplikasi yang anda gunakan Apple ID anda.
Jika anda mempunyai akaun AOL, perubahan yang anda buat dalam iTunes tidak mempengaruhi akaun AOL anda pada perkhidmatan AOL. Sebagai contoh, jika anda menukar kata laluan anda dalam iTunes, kata laluan yang anda gunakan untuk melog masuk ke perkhidmatan AOL tidak berubah.
Lihat sejarah pembelian anda
Anda boleh melihat senarai semua pembelian iTunes Store anda.
Pilih Kedai > Lihat Apple ID Saya dan daftar masuk.
Dalam tetingkap Maklumat Akaun, klik Lihat Semua (di bawah Sejarah Pembelian).
Sejarah pembelian menunjukkan pembelian yang dibuat menggunakan akaun ini, dengan pembelian terbaru anda ditunjukkan dahulu. Untuk melihat butiran pembelian sebelumnya, klik anak panah di sebelah kiri tarikh pesanan. Jika sejarah pembelian anda kelihatan tidak lengkap, pastikan anda telah mengklik anak panah bersebelahan setiap pembelian terdahulu untuk melihat semua maklumat sejarah pembelian anda.
Jika sejarah pembelian anda kelihatan salah atau anda percaya bahawa anda telah dicaj untuk item yang anda tidak beli, lawat tapak web Sokongan iTunes Store.