Simbol yang digunakan dalam iTunes
Apabila anda mengimport muzik dan video, simbol menunjukkan status. Simbol lain membolehkan anda melakukan tugas.
Simbol | Perihalan simbol | Apakah makna simbol |
---|---|---|
| Ikon paparan | Item ialah video. |
| Ikon Dokumen | Item ialah fail PDF. |
| Anak panah menuding keluar | Klik untuk memasuki mod skrin penuh. |
| Anak panah menuding masuk | Klik untuk keluar daripada mod skrin penuh. |
| Tanda seruan |
Bersebelahan lagu: Lagu tidak dapat dicari, ia mungkin telah dipindahkan atau dipadamkan. Bersebelahan podcast: Episod terbaru belum dimuat turun kerana anda mempunyai berbilang episod yang betul dimainkan. |
| Ikon siaran | Lagu disimpan di Internet; apabila anda mengklik lagu, ia “distrim” secara langsung ke komputer anda. |
| Tanda rait hitam | Lagu akan disertakan dalam tindakan yang ditentukan. Sebagai contoh, hanya lagu dengan tanda rait diimport apabila anda mengimport CD. |
| Speaker dengan garis bunyi | Lagu sedang dimainkan. |
| Butang Keluarkan | Klik untuk mengeluarkan CD atau memutuskan sambungan peranti. |
| Titik biru bersebelahan filem, rancangan TV, podcast atau pelajaran iTunes U |
Anda masih belum mula memainkan item ini. Jika ini muncul bersebelahan musim rancangan TV atau siri podcast, terdapat sekurang-kurangnya satu episod dalam musim atau siri yang masih belum dimainkan. |
| Titik biru separuh bersebelahan filem, rancangan TV, podcast atau pelajaran iTunes U | Anda telah mula memainkan item ini, tetapi masih belum menghabiskannya sepenuhnya. |
| Anak panah di sebelah kanan tetingkap paparan | Klik untuk bertukar antara paparan. Simbol muncul hanya jika iTunes menjalankan tindakan (seperti mengemas kini Genius atau memuat turun fail) semasa item sedang dimainkan. |
| Belon dialog | Klik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan sari kata. |
| Awan dengan anak panah menuding ke bawah | Lagu disimpan dalam iCloud dan tersedia untuk dimuat turun ke komputer anda. |
| Awan dengan garis condong pepenjuru | Lagu tidak layak untuk dimuat naik ke pustaka iCloud anda. Contohnya, fail lagu mungkin lebih besar daripada 200 MB atau dikodkan pada 96 Kbps atau kurang. |
| Dua awan dengan garis condong pepenjuru | Pustaka iTunes anda mengandungi versi pendua lagu ini dan hanya versi lagi satu telah dimuat naik ke pustaka iCloud anda. |
| Awan dengan garis kasar bertitik | Lagu sedang dipadankan, tetapi proses masih belum dilengkapkan. |
| Speaker | Speaker tersedia melalui AirPlay. |
| Ikon TV | TV tersedia melalui AirPlay. |
| Speaker dengan kunci | Anda perlu memasukkan kata laluan untuk bersambung ke speaker yang didayakan AirPlay. |
| TV dengan kunci | Anda perlu memasukkan kata laluan untuk bersambung ke TV didayakan AirPlay. |
| Tanda seruan di dalam segi tiga | Peranti AirPlay yang dipilih menghadapi ralat. |
| Tanda seruan di dalam segi tiga dengan kunci | Anda tidak memasukkan kata laluan untuk peranti AirPlay yang dipilih. |