Pindahkan fail antara komputer anda dan app mudah alih
Jika anda memiliki iPod touch atau iPhone dengan iOS 4 atau lebih baru atau iPad, anda boleh menggunakan iTunes untuk memindahkan fail antara komputer anda dan aplikasi pada peranti anda yang menyokong perkongsian fail.
Anda boleh melakukan ini, contohnya, jika anda mahu menyimpan fail yang anda cipta pada peranti anda ke komputer anda atau membawa fail bersama anda agar anda boleh menggunakannya apabila anda tiada di komputer anda.
Anda tidak perlu menyelaraskan peranti anda untuk memindahkan fail, tetapi peranti anda perlu disambungkan ke komputer anda.
Untuk maklumat mengenai aplikasi yang disokong, lihat dokumentasi pada aplikasi anda.
Pindahkan fail daripada iPod touch, iPhone atau iPad anda ke komputer anda
Sambungkan iPod touch, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.
Klik Aplikasi.
Di bawah Perkongsian Fail, dari senarai di kiri, pilih aplikasi pada peranti anda dari mana anda mahu pindahkan fail.
Daripada senarai di sebelah kanan, pilih fail yang anda mahu pindahkan, kemudian klik “Simpan ke”.
Dalam tetingkap yang muncul, pilih destinasi yang anda mahu menyimpan fail dan klik Buka.
Fail disimpan pada destinasi yang dipilih pada komputer anda.
Pindahkan fail daripada komputer anda ke iPod touch, iPhone atau iPad anda
Sambungkan iPod touch, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.
Klik Aplikasi.
Di bawah Perkongsian Fail, pilih aplikasi daripada senarai dan klik Tambah
Dalam tetingkap yang muncul, pilih fail untuk dipindahkan dan klik Buka.
Fail dipindahkan ke peranti anda dan boleh dibuka dalam aplikasi yang anda pilih dalam langkah 3.