Selaraskan dan susun aplikasi iOS
Selain daripada memuat turun aplikasi terus ke peranti iOS anda menggunakan aplikasi App Store, anda boleh memuat turun aplikasi daripada App Store ke komputer anda dan menambahnya pada iPod touch, iPhone atau iPad anda.
Jika anda mempunyai iPod touch atau iPhone dengan iOS 4 atau lebih baru atau iPad dengan iOS 4.2 atau lebih baru, anda boleh menguruskan aplikasi anda dengan mencipta folder dalam iTunes atau peranti anda. Folder diselaraskan apabila anda menyelaraskan peranti anda dengan komputer anda.
Selaraskan aplikasi yang dimuat turun ke iPod touch, iPhone atau iPad
Sambungkan iPod touch, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.
Klik butang Aplikasi.
-
Klik Pasang bersebelahan aplikasi yang anda mahu selaraskan. Jika anda mempunyai iOS 3.1 atau lebih baru, anda juga boleh melakukan yang berikut:
Seret aplikasi daripada senarai di sebelah kiri skrin Utama ke kanan.
Mengatur skrin Utama peranti anda dengan mendwiklik skrin dan menyeret ikon aplikasi ke tempat yang anda mahukan ia muncul.
Klik Guna.
Cipta folder aplikasi dalam iTunes
-
Pada skrin Utama, seret aplikasi ke atas aplikasi lain.
Folder baru dicipta, yang mengandungi kedua-dua aplikasi. Jika anda mahukan, taipkan nama untuk folder.
-
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah aplikasi ke folder: Seretnya ke folder.
Buka folder: Dwiklik padanya.
Tutup folder: Klik di luar folder.
Keluarkan aplikasi daripada folder: Buka folder dan kemudian seret aplikasi ke sebarang skrin Utama.
Susun semula aplikasi dalam folder: Seret aplikasi ke tempat anda mahukan ia muncul.
Tukar nama folder: Bukan folder yang anda mahu namakan semula, dwiklik nama folder dan taipkan nama baru.
Anda tidak boleh memasukkan folder ke dalam folder lain.
Anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih yang anda muat turun hanya pada iPod touch, iPhone atau iPad anda (bukan pada komputer anda). Sesetengah aplikasi mungkin tidak berfungsi pada semua peranti.
Jika anda bersambung ke rangkaian 3G, 4G, LTE atau Wi-Fi, anda juga boleh membeli aplikasi terus daripada iPod touch, iPhone atau iPad anda. Untuk maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda.